4 Firma Ini Menjadi Sasaran Utama Serangan 'Phishing' Dalam Tempoh 262 Hari

Firma teknologi menjadi sasaran utama kempen serangan 'phishing'.


Daripada data yang didedahkan oleh penyelidik dan penganalisis keselamatan dari Akamai, syarikat teknologi menjadi sasaran utama dalam teknik penipuan phishing.

Dalam laporan keselamatan yang bertajuk Phishing - Baiting the Hook diterbitkan oleh Akamai, 4 syarikat utama ini adalah yang paling banyak berdepan serangan phishing dalam tempoh 262 hari tahun ini.

Syarikat pembangun perisian komputer terbesar di dunia, Microsoft menjadi firma yang paling banyak diserang penggodam yang menggunakan teknik phishing. Akamai dalam laporannya mendakwa, mereka menemui sebanyak 3,897 domain palsu mensasarkan Microsoft.

PayPal pula berdepan sebanyak 1,669 domain palsu, syarikat kurier antarabangsa DHL berdepan serangan phishing menerusi 1,565 domain palsu dan Dropbox sebanyak 461 domain palsu.

Teknik serangan phishing boleh dipecahkan kepada 2 teknik iaitu yang pertama adalah teknik Generic Phishing yang mensasarkan ribuan mangsa sekaligus. Teknik kedua pula adalah serangan yang lebih khusus iaitu Spear Phishing yang mensasarkan perseorangan atau sesebuah organisasi.

Serangan phishing pula kini tidak lagi terhad menerusi hantaran e-mel sahaja, tetapi juga kini turut berlaku menerusi  laman media sosial, SMS, aplikasi sembang sosial dan lain-lain.

"Phishing is a long-term, socially based problem, impacting multiple market segments and people from all walks of life each day." Akamai