4 Cara Virus Boleh Menjangkiti Sesebuah peranti

Virus dan Malware sememangnya sinonim kepada pengguna PC jenis Windows. Walaupun  kebanyakan daripadanya tidaklah merbahaya, namun kehadiranya sangat menjengkelkan pengguna.

Berikut kami kongsikan 4 cara virus memasuki sesebuah peranti.

1. Memuat turun aplikasi yang telah dijangkiti



Sebelum anda memuat turun sebarang aplikasi daripada  internet, pastikan ianya betul - betul boleh dipercayai. Sekiranya sumber tidak jelas, berkemungkinan ianya telah dipasang dengan virus.

 

2. Membuka lampiran atau "Attachment" pada E-mail



Sekiranya anda menerima sebarang E-mail yang mencurigakan, adalah lebih baik diabaikan sahaja. Kerana banyak kes yang melibatkan kecurian maklumat akibat daripada kiriman e-mail yang mengandungi virus.

 

3. Tidak mengemaskini perisian Anti Virus



Sangat penting untuk anda mengemaskinikan antivirus, kerana virus yang menjangkiti peranti selalu dinaiktaraf fungsi oleh pembangunnya. Oleh itu jangan pandang enteng akan perkara ini.

 

4. Memasukkan Thumbdrive yang telah dijangkiti pada PC



Cara ini adalah yang paling banyak menjangkiti komputer jenis Windows. Langkah pencegahannya adalah bergantung kepada antivrus yang anda gunakan, pastikan ianya setiasa dikemaskini.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan