4 Cara Untuk Mengatasi "OK Google" Tidak Berfungsi

Walaupun tidak se "Famous" Siri daripada Apple, fungsi Ok Google sangat membantu bagi pengguna Android. dengan hanya menyebut perkataan Ok Google peranti anda kan megenal pasti suara anda dan akan melakukan permintaan yang anda lakukan, sama ada untuk mengetahui arah, carian internet dan lain - lain.

Namun kepada anda peranti yang mengalami masalah dalam menerima arahan suara untuk Ok Google, berikut kami kongsikan 4 cara yang boleh dicuba untuk mengatasi masalah tersebut.

1. Periksa fungsi Mikrofon peranti



Kebanyakan mikrofon bagi peranti terletak pada bahagian bawah, untuk memastikan ianya berfungsi dengan baik, pastikan tiada debu atau kotoran yang menghalang saluran tersebut.

2. Semak kembali penetapan bahasa



Masuk ke menu Setting, pilih menu Services dan seterusnya pada bahagian Search, pilih menu Voice dan pilih bahasa yang anda gunakan.

3. Matikan S Voice atau Bixby



Sekiranya anda menggunakan peranti Samsung, pastikan anda matikan terlebih dahulu fungsi ini kerana ianya akan mengganggu keberkesanan Ok Google.

4. Reset tetapan Google Assistant



Terakhir sekali sekiranya masalah tersebut tidak selesai, anda boleh cuba dengan kaedah Reset pada Google Assistant.

Masuk ke menu Setting > Search > voice, kemudian pilih "Ok Google" Detection atau Voice Match

Selanjutnya aktifkan toggle pada pilihan Say Ok Google any time, kemudian anda akan dibawa ke pengaturan awal Google Assistant. Buat kembali tetapan yang diperlukan, selesai.

 

Ituah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga beranfaat.

Berkaitan