Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
4 Cara Berkesan membaiki kad Memori Yang Rosak

4 Cara Berkesan membaiki kad Memori Yang Rosak

Diterbitkan Julai 28, 2017 oleh Tips Gajet

Kad memori ataupun biasa dikenali sebagai “external memory” merupakan salah satu peranti yang sangat diperlukan mutakhir ini, terutamanya kepada pengguna telefon pintar dengan kapasiti memori dalaman yang kecil. Harga kad memori ini adalah sangat mahal walaupun dengan saiz memori yang kecil, agak melukakan hati sekiranya ia rosak.

Ada beberapa kaedah yang boleh anda cuba sekiranya kad memori anda rosak ataupun tidak dapat dibaca.

Cara 1: Membersihkan kad memori

Sebab utama kad memori tidak dapat dibaca biasanya berpunca daripada kotoran yang melekat pada bahagian muka tembaganya. caranya sangat mudah, apa yang anda perlu lakukan ialah dengan membersihkannya menggunakan getah pemadam. Setelah bersih, masukkan kembali kedalam slot kad memori pada peranti anda.

4 Cara Berkesan membaiki kad Memori Yang Rosak

Cara 2: Format kad tersebut menggunakan Android

Fungsi format ini ada dalam menu “setting” peranti anda. Pilih menu “storage” kemudian pilih “format”

4 Cara Berkesan membaiki kad Memori Yang Rosak

Cara 3: Periksa “Error” menggunakan komputer

Sambungkan Android ke laptop atau PC dengan kabel data.Pastikan Android anda terhubung menggunakan fungsi Mass storage mode (MSC), bukan Media transfer mode (MTP).Buka Windows Explorer, klik kanan pada Drive kad memori, pilih Properties > Tools > Error Checking, tunggu sehingga semua proses selesai.

4 Cara Berkesan membaiki kad Memori Yang Rosak

Cara 4: Format Terus Daripada Komputer

Sekiranya Kad anda dapat dibaca dengan baik menggunakan komputer tetapi tidak dengan peranti android, maka anda boleh cuba menjalankan format menggunakan Komputer. Jangan lupa “backup” data daripada kad memori anda terlebih dahulu menggunakan PC.

Sekiranya semua tips diatas tidak berjaya, maka anda bolehlah mula mengumpul “modal” untuk mendapatkan kad yang baru ya. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress