4 Aplikasi VPN Percuma Di Google Play Store Didapati Mengandungi Kod Perisian Hasad

Kempat-empat aplikasi ini berasal dari China.


Penyelidik keselamatan bernama Andy Michael  baru-baru ini telah mendedahkan penemuan perisian hasad iklan yang didapati tersembunyi di dalam 4 aplikasi VPN (Virtual Private Network) yang popular ditawarkan kepada pengguna peranti Android menerusi Google Play Store.

Aplikasi yang dimaksudkan adalah HotSpotVPN oleh HotspotVPN 2019, Free VPN Master oleh Freemaster 2019, Secure VPN oleh SEC VPN dan Security Master oleh Cheetah Mobile (AppLock & AntiVirus).

Setakat ini, jumlah keseluruhan muat turun dari keempat-empat aplikasi tersebut sudah berjumlah lebih daripada 500 juta kali ulang muat turun. Penyelidik juga mendapati, kesemua aplikasi itu dibangunkan oleh firma pembangun yang berpangkalan di China.

Kapsyen: Peranti Android yang dijangkiti perisian hasad dari aplikasi-aplikasi tersebut akan kerap kali memaparkan iklan-iklan hampir pada semua tetingkap aplikasi yang sedang aktif tanpa mengira waktu. Kredit: VPN Testing


Menurut penyelidik, kesemua aplikasi VPN tersebut didapati menagndungi kod perisian hasad iklan yang secara diam-diam mengaut keuntungan menerusi paparan iklan tanpa had sekaligus mendedahkan penggunanya terdedah kepada serangan lain, menyebabkan talian internet perlahan, lambakan spam dan lain-lain.

Jadi, jika anda ada menggunakan 4 aplikasi VPN percuma ini, anda dinasihatkan segera membuangnya dari peranti Android anda segera.

Sumber: VPN Testing

Berkaitan