4 Aplikasi Perabot Dilengkapi Fungsi Augmented Reality, Bantu Anda Cari Perabot Sesuai Dengan Susun Atur Rumah

Dengan adanya teknologi gajet, kini anda boleh menggunakan peranti bagi mencari produk yang sesuai sebelum membeli atau sekadar mengisi masa terluang.

Menerusi aplikasi-aplikasi yang dikuasakan teknologi Augmented Reality ( AR ) ini, ia memudahkan pengguna membayangkan susun atur rumah sebelum membuat keputusan membeli sesuatu perabot.

1. IKEA Place



Bila bercakap tentang barang perabot di rumah, IKEA juga tidak terlepas pandang. Carian visual membenarkan pengguna untuk meletak kamera pada sesuatu sudut dan aplikasi ini akan carikan perabot yang sesuai berdasarkan sudut tersebut.

Muat turun: Android atau iOS

2. Home AR Designer



Selain dari perabot, ramai dari kita mungkin ingin mempunyai gambaran pada seluruh rumah dan mengubah mengikut kehendak sendiri.

Dengan aplikasi ini, anda boleh mengubah skema warna, menyemak corak-corak lantai atau corak meja dan mengubah suasana ruang tamu rumah anda melalui aplikasi ini.

Tambahan lagi, anda boleh berjalan-jalan semasa menggunakan aplikasi ini supaya anda dapat merasakan perasaan sebenar berdasarkan corak yang anda beli.

Muat turun: Android

3. Smart AR Home



Aplikasi ini adalah salah satu aplikasi yang terbaik untuk membantu anda mengawal peranti-peranti yang berada didalam rumah anda. Ia didapati di iOS dan Android.

Aplikasi ini menyokong segala perabot dari ciptaan Philips Hue dan Samsung SmartThings. Jika anda tidak mempunyai apa-apa perabot dari dua platform tersebut, anda boleh menggunakan mod demo yang dimana dapat membenarkan ada mencuba apa-apa yang menarik di dalam aplikasi tersebut.

Muat turun: Android atau iOS

4. CamToPlan



Aplikasi ini dapat mengambil ukuran apa-apa di rumah atau tempat yang sesuai. Anda boleh mengukur dimensi mendatar dan menegak dengan menggunakan kamera dari peranti mudah alih anda. Aplikasi ini dapat didapati di iOS dan Android.

Muat turun: Android atau iOS

Sumber: Iot Tech Trends

 

 

 

 

 

 

 

Berkaitan