4 Aplikasi Penyelesai Masalah Matematik

Seiringan dengan perkembangan teknologi telefon pintar, kaedah pembelajaran telah mengalami perubahan yang sangat drastik dan positif. Ini kerana terdapat pelbagai alat bantu mengajar yang telah dihasilkan untuk memudahkan para pelajar dalam mempelajari sesuatu subjek.

Kepada pelajar sekolah menengah rendah mahupun menengah atas, berikut kami kongsikan 4 aplikasi yang boleh membantu anda dalam menyelesaikan soalan dan masalah berkaitan matematik menggunakan peranti pintar.

1. Photomath



Aplikasi ini dapat membantu anda menyelesaikan msalah matematik sama ada diperingkat sekolah mahupun kolej. Cara menggunakannya sangat mudah, iaitu anda hanya perlu menangkap gambar soalan yang ingin diselesaikan.

Aplikasi ini tersedia kepada pengguna iPhone dan juga Android.

2. MyScript Calculator



Dengan aplikasi ini, anda tidak perlu menaip, cukup hanya dengan tulisan tangan pada layar peranti, secara otomatik ianya akan ditukar kepada bentuk tulisan bertaip sebelum diselesaikan.

Namun sedikit mengecewakan kerana apliaksi ini adalah berbayar. Apapun sedikit bayaran sangat berbaloi dengan fungsi yang ditawarkan.

3. Mathway



Tersedia dengan pelbagai tips berkaitan matematik, fungsi seperti Photomath yang mana soalan boleh diselesaikan dengan kaedah menangkap gambar pada aplikasi.

Aplikasi ini tersedia untuk Android dan iOS.

4. Cymath



Dapat membantu menyelesaikan pelbagai jenis soalan matematik seperti kalkulus, algebra, trigonometri dan lain - lain.

Boleh didapati pada Playstore.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan