Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Pelajar TVET Politeknik Jeli Bangunkan ‘Solar Buggy Car’

Posted on Julai 27, 2026Julai 27, 2026

Gelombang teknologi hijau kini mendapat sentuhan adunan genius di Politeknik Jeli Kelantan.

Ia selepas kejayaan warga institusi pendidikan TVET itu berjaya membangunkan Solar Buggy Car, sekali gus membuktikan bahawa pendidikan TVET bukan sekadar melahirkan tenaga kerja tempatan, malah menjadi nadi utama kepada penciptaan inovasi masa hadapan.

Projek bernilai hampir RM300,000 itu dibangunkan oleh 20 pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik (Tenaga Hijau) semester tiga dalam tempoh kira-kira sebulan di bawah seliaan pensyarah berwibawa.

Solar Buggy Car dengan empat tempat duduk ini berharga sekitar RM40,000 seunit.

Ia bukan sekadar sebuah kenderaan mesra alam, tetapi sebuah makmal bergerak yang menterjemahkan teori pembelajaran kepada realiti teknologi tinggi.

Pendekatan berasaskan projek ini berjaya menyemarakkan bakat, mengasah kreativiti, serta membentuk mentaliti graduan TVET yang berdaya saing dan bersedia memimpin industri hijau.

Langkah Politeknik Jeli ini membuktikan bahawa masa depan yang lestari kini bermula di tangan anak muda kita.

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress