38 Peranti Popular Android Siap Dipasang Dengan Malware

Memastikan peranti mudah alih anda dari sebarang malware merupakan keutamaan kepada sesiapa yang membeli telefon pintar ataupun tablet. Bagaimana pula jikalau peranti ada sudah dipasang dengan malware sebelum anda membuka kotak? Itu yang diperkatakan oleh sebuah syarikat sekuriiti Check Point mengenai peranti Android ini. Mereka mengeluarkan satu laporan mengenai perkara ini. Dalam laporan itu, mereka menjumpai 36 peranti Android mengandungi malware yang digunakan oleh beberapa syarikat gergasi teknologi.

Peranti-peranti yang terjejas ini ditambah kod malware pada satu peringkat antara proses pembuatan hingga proses penjualan kepada pengguna. Malware ini tidak ada di dalam ROM asal pengeluar dan mungkin wujud sewaktu dalam 'supply chain'. Antara peranti yang dikesan mengandungi malware adalah Galaxy Note 2,3,4,5 dan 8, Asus Zenfone 2, LG G4, Nexus 5 dan 5X dan Xiaomi Mi4 dan Redmi.

Malware yang dikesan pula memang biasa dijumpai di dalam dunia sekruti mobil. Sebagai contoh, Loki, sebuah malware bot pengiklanan dan Slocker, yang menggunakan rangkaian TOR untuk menghantar data kepada penciptanya tanpa dikesan. Ini merupakan satu isu sekuriti yang agak besar jika penggunaan harian peranti ini melibatkan maklumat peribadi pengguna dan boleh mengakibatkan kerugian yang besar kepada pengguna. Ini bukan pertama kali malware dikesan di dalam peranti Android dan menjadi satu trend ke atas sistem operasi terkenal Google itu.

Admin pon pernah menghadapi situasi ini dimana peranti dibeli mengandungi bloatware dan malware sebelum kotak dibuka. Selalunya lah penjual yang meletakkanya dan bukan pengeluar asal peranti tersebut.

Sumber