3 Tips Untuk Naikkan Jualan Dalam Shopee

Tips kali ini khusus untuk Sellers atas talian di Shopee. Kepada anda yang masih lagi baru dalam mengembangkan bisnes menggunakan medium aplikasi Shopee, berikut kami kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu.

1. Gambar Produk Yang Menarik

Perkara pertama yang peru dititk beratkan ialah gambar yang menarik. Bak kata pepatah "dari mata turun ke hati". Kerana gambar yang menarik akan mempengaruhi psikologi pembeli. Sebagai contoh gambar beg berikut, sudah tentu mata anda kan terus tertumpu pada gambar yang unik dan menarik seperti yang tunjukkan pada kotak merah.



2. Fungsi Boost Post

Pada aplikasi shopee ada tersedia fungsi boost yang mana satu kedai boleh boostkan 5 produk dalam masa 4 jam. Jadi gunakan peluang ini untuk melakukannya pada produk - produk terbaik anda.



3. Program Rebate Pos Laju dari Shopee

Walaupun ramai yang tahu akan kelebihan ini, namun tidak ramai yang menggunakannya. Sebenarnya program ini sangat penting dalam meraih minat dan kecenderungan pembeli. Bayangkan prospek yang melihat detail produk anda dan ternampak ikon free shipping, sudah pastinya ia akan memberi lebih tarikan untuk membelinya berbanding produk daripada seller lain yang tdak mempunyai fungsi tersebut.

Kepada yang berminat untuk daftar boleh guna link berikut

https://shopee.com.my/poslaju



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Berkaitan