Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-06-02 at 22.02.54

3 Tawaran Menarik unifi Sempena Meraikan Kejayaan 2 Juta Pelanggan

Diterbitkan Jun 2, 2021 · Dikemas kini Jun 2, 2021 oleh ariff bukhari

Pada 31 Mei lalu, TM meraikan pencapaian mereka apabila miliki lebih daripada 2 juta pelangga unifi.

Sempena dengan itu, unifi menawarkan 3 tawaran menarik untuk pelanggan baru dan pelanggan unifi sedia ada.

Bagi pelanggan unifi sedia ada, unifi menawarkan tontonan Sukan Olimpik Tokyo 2020 secara percuma bermula 23 Julai hingga 8 Ogos 2021.

Ia termasuklah 33 jenis sukan dan 339 acara yang boleh ditonton di 13 saluran HD menerusi unifi tv dan unifi@ play tv.

unifi juga menawarkan khidmat nasihat pengoptimum Wi-Fi secara percuma kepada pelanggan unifi Home sedia ada untuk mempertingkatkan pengalaman internet di rumah. Tetapi tawaran ini terhad kepada 100 pelanggan terawal sahaja.

Tawaran terakhir kepada pelanggan unifi Home Broadband sedia ada adalah mereka boleh menikmati pelan Unifi Mobile pascabayar 99 tanpa had hanya pada harga RM59 sahaja sebulan tanpa kontrak.

Ia termasuklah panggilan, data dan mesej teks tanpa had serta 10GB percuma hotspot.

Tetapi bagi pelanggan yang tidak melanggan unifi Home Broadband, mereka masih boleh menikmati tawaran pelan Unifi Mobile pascabayar 99 tanpa had pada harga RM59 juga, tetapi dengan kontak selama 12 bulan.

Untuk info lanjut, layari laman rasmi unifi.com

Sumber: TM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
©2026 WISER.MY