3 Tabiat Mengecas Peranti Pintar Yang Perlu di Elak

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apabila bercakap tentang "phone charging" terdapat banyak pendapat dan pantang larang yang akan kita dengar.

Berikut kami kongsikan 3 tabiat mengecas peranti yang perlu dielakkan.

 

1. Jangan Tunggu Sehngga 0%



Pada sebuah kajian yang dijalankan, kadar purata mengecas untuk sesuatu bateri ialah diantara 1000 - 2500 kali apabila bateri tersebut dicas ditahap minimun 25%. Manakala apabila bateri dicas dikala kuasa berada ditahap 0%, kadar purata kitaran hanyalah diantara 300 - 500 kali sahaja.

Oleh itu kami sarankan anda mengecas peranti apabila kuasanya masih tersisa sekurang-kurangnya 25%.

 

2. Jangan Cas Menggunakan Pengecas Tiruan



Jangan risau sekiranya anda ingin mengecas peranti semalaman kerana kebanyakan peranti yang terkini sudah mempunyai sistem "Auto -Stop". Walaupun tidak semua pengecas tiruan itu merbahaya, namun risikonya tetap ada, pastikan anda sentiasa menggunakan pengecas asli yang dibekalkan dengan peranti tersebut.

 

3. Jangan Cas di Atas Tilam atau Bantal



Sama kes seperti mengecas komputer riba diatas tilam, tabiat ini dikatakan merbahaya kerana ianya akan menyebabkan peranti akan lebih panas disebabkan suhu yang diserap pada tilam atau bantal tersebut.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.