iPhone SE baru sahaja rasmi memasuki pasaran Malaysia. Mungkin anda antara pengguna yang ragu-ragu sama ada untuk membeli peranti ini atau tidak. Dengan artikel ini, kami bawakan kepada anda 3 sebab mengapa iPhone SE ini merupakan pilihan yang bijak untuk peranti dibawah harga RM1,999.

Cip Super Berkuasa A13 Bionic

Cip pemprosesan merupakan nadi dan jantung kepada peranti pintar. Dengan mempunyai cip yang berkualiti dan berkuasa, penggunaan peranti pintar akan lebih memuaskan kerana prestasi yang tidak akan membantutkan produktiviti seharian anda.

Dengan iPhone SE, peranti ini dimuatkan dengan cip berkuasa A13 Bionic yang juga terdapat pada siri iPhone 11 yang lebih mahal. Ini bermakna bukan sahaja anda mendapat sebuah cip setaraf dengan peranti yang jauh lebih mahal, bahkan anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki peranti dengan cip ini.

Dengan cip A13 Bionic ini, anda boleh memainkan permainan terkini dengan grafik tertinggi tidak kiralah permainan dengan grafik yang tinggi sekalipun.

IKLAN

Apple unveils new $399 iPhone SE: A13 Bionic SoC, single rear ...

Namun apa yang penting, cip A13 Bionic ini adalah penting untuk penjagaan prestasi peranti dalam jangka masa panjang. Walaupun peranti sudah digunakan 2-3 tahun, cip ini masih boleh beroperasi dengan cemerlang sepertimana kebanyakan model-model iPhone yang lain.

Sudah tentu dengan cip yang berkuasa ini, ia perlu dipadankan sebaiknya dengan pengalaman rangkaian yang bijak. Dengan rangkaian bersama Maxis, pengguna akan alami penggunaan peranti dengan lebih sempurna dari segi kelajuan muat turun, bermain permainan, dan juga penstriman video.

Kamera Yang Berkualiti Dengan Rakaman 4K 60fps

Untuk peranti yang dijual pada harga bawah RM2,000, amat sukar untuk mencari peranti yang mempunyai kualiti video rakaman yang cemerlang. Pada masa yang sama, iPhone sering dipuji kerana memiliki kualiti video rakaman yang bagus.

Nah. Dengan iPhone SE, anda tidak perlu bersusah payah memikirkan kualiti kamera kerana ia mempunyai kamera yang cantik setaraf dengan siri iPhone 11. Tambahan lagi, ia mempunyai rakaman video sehingga 4K 60fps.

Jika anda melihat peranti-peranti lain yang terdapat di pasaran, kebanyakannya hanya menyertakan rakaman hanya sehingga 4K 30fps. Dengan resolusi dan juga kualiti rakaman lebih tinggi, sudah tentu iPhone SE ini menjadi pilihan lebih baik terutamanya untuk pengguna yang mengutamakan kualiti video paling baik dalam harga yang berpatutan.

iPhone SE: A powerful new smartphone in a popular design - Apple

Musim raya ini apa salahnya jika kita mahu hadiahkan peranti ini kepada insan atau keluarga tersayang. Dengan kamera yang berkualiti sudah tentu memori akan lebih tersemat bahagia dalam kenangan. Anda boleh dapatkan juga peranti ini secara Pelan Maxis Postpaid Share 48, hanya RM139 sebulan termasuk dengan harga peranti dan juga talian telefon, sudah tentu ia merupakan pembelian bijak dan berbaloi untuk insan yang tersayang.

Harga Rendah Untuk Memiliki Sebuah iPhone Asli

Secara keseluruhan apabila bercakap mengenai peranti iPhone, ia secara umumnya bukanlah sebuah peranti yang dijual pada harga yang rendah. Ini adalah mengapa ramai yang terjebak dengan kes penipuan pra-tempahan iPhone yang berlambak di media sosial.

Jadi, dengan iPhone SE, anda tidak perlu mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sebuah iPhone. Bukan itu sahaja, dengan harga yang rendah ini, anda dapat menikmati akses produk dan servis Apple lain seperti Apple TV+ percuma 1 tahun, iCloud, iMessage, Apple Podcasts, dan banyak lagi servis yang menarik.

Ia juga memberikan pilihan untuk pengguna baharu mencuba iPhone. Jika sebelum ini mereka tidak berpeluang untuk memiliki iPhone disebabkan harga jualan yang tinggi, dengan iPhone SE sudah tentu ia lebih mampu milik untuk dimiliki.

iPhone SE ini sudahlah mempunyai harga jualan yang rendah, tetapi nak tahu apa lagi yang lebih menarik?

Anda kini boleh membeli iPhone SE dengan bayaran ansuran tanpa bayaran muka melalui Maxis Zerolution. Dengan Zerolution, anda boleh memiliki iPhone SE dengan harga peranti serendah RM64 sebulan.

Menariknya lagi, pendaftaran melalui pelan Zerolution ini tidak memerlukan kad kredit dan juga tiada faedah yang dikenakan terhadap pembeli.

Pelan ansuran ini adalah mudah dan anda boleh jimat sehingga RM663 melalui Pelan Maxis Postpaid 188 jika anda mahukan lebih data untuk digunakan.

iPhone SE sudah pun boleh didapati di laman rasmi Maxis hari ini. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan Zerolution dan MaxisONE, boleh ke laman rasmi Maxis melalui pautan ini.

Penafian: Artikel ini dibawakan oleh Maxis