3 Pelan Mudah Alih “Unlimited” Yang Tersedia Dipasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera, artikel kali ini kami kongsikan pelan – pelan tanpa had yang ditawarkan oleh telco di Malaysia.

Pelan Unlimited seolah – olah sudah menjadi suatu trend mutakhir ini, dengan tawaran data internet, panggilan dan SMS yang tanpa had menjadikan pakej – pakej lain sedikit ketinggalan dibelakang. Berikut adalah 3 pakej Unlimited yang sedang hangat dipasaran. Walaupun tanpa had, ianya hanya boleh digunakan pada peranti mudah alih sahaja.

 

1. “Giler Unlimited” Daripada Umobile 

Pakej ini menawarkan Panggilan suara dan data internet tanpa had. namun kekurangannya adalah data perkongsian Hotspot nya yang agak sedikit “Ciput” iaitu hanya 5GB sahaja. Pakej ini ditawarkan dengan kadar harga yang paling murah berbanding dengan yang lain, iaitu RM50 sebulan

 

2. Unifi Mobile Postpaid

Pakej ini ditawarkan dengan harga RM99. Walaupun dengan harga yang agak mahal namun ianya boleh dikatakan agak berbaloi kerana menggunakan liputan ataupun “Coverage” yang sama dengan Celcom. Data perkongsian Hotspot nya adalah dua kali ganda berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh pakej Umobile.

 

3. Infinite Internet Daripada DiGi

Terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu pakej RM100 dan RM150.

Untuk pakej RM100 ianya datang dengan panggilan, data internet dan SMS yang tanpa had, manakala data perkongsian Hotsoptnya adalah 4 kali ganda berbanding dengan apa yang ditawarkan oleh Umobile. Namun apa yang mengecewakan kami ialah kelajuannya telah di “capped” kan sehingga 5Mbps sahaja.

Untuk pakej RM150 pula ianya datang dengan “segala – galanya” tanpa had termasuklah kelajuan dan data perkongsian data Hotspot. Untuk mkluman anda, ianya juga boleh dugunakan bukan sahaja pada peranti mudah alih, malah boleh dimasukkan pada peranti modem MiFi dan sebagainya.

Pakej ini sangat sesuai dijadikan sebagai gantian pada pakej internet kediaman.

 

Apapun pilihan adalah hak anda sebagai pengguna. Sekiranya penggunaan Data tidak terlalu Ekstrem maka pada pandangan kami, tidak perlulah membazir dengan kos yang tidak sepatutnya anda keluarkan. Tepuk dada tanyalah selera.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Tips Gajet

Tips Gajet

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408