3 Model Google Pixel Akan Dikuasakan Dengan Snapdragon 835, Dilancar Tahun Ini

Setelah berjaya dengan dua buah model, Pixel dan Pixel XL, Google kini dilaporkan bakal hadir dengan 3 lagi model untuk tahun 2017.

Mereka sebelum ini telah mengesahkan kedatangan model baru dalam siri Pixel tetapi tidak banyak maklumat yang diperoleh mengenai peranti tersebut.

Terkini, berdasarkan laman Android Open Source Project, peranti-peranti baru Google menggunakan kod nama

  • Walleye

  • Muskie

  • Taimen


threegooglepixelphoneswithsnapdragon835socmaylaunchthisyear-25-1493097954

Walleye dan Muskie dikatakan menggantikan Pixel dan Pixel XL manakala Taimen dikhabarkan tablet/phablet terbaru dari Google.

Google sangat gemar memberikan nama kod untuk peranti baru dengan nama ikan dan jika dilihat, Taimen merupakan spesis salmon terbesar didunia dan mungkin ia akan datang dengan skrin paparan yang besar.

Ketiga-tiga model baru ini juga dipercayai akan dikuasakan dengan cip pemproses Snapdragon 835, cip berkuasa tinggi terbaru keluaran Qualcomm.

Laporan terdahulu ada menyatakan bahawa Google akan menghasilkan Pixel versi mampu milik tetapi nampaknya mereka akan mengekalkan edisi premium bagi peranti Pixel.

Syarikat tersebut turut memberi bayangan bahawa Google Pixel 2 akan diperkenalkan pada sekitar Oktober ini.

Sumber: Gizbot