3 "External Hard Disk" Terbaik Mampu Milik Dipasaran

Keperluan untuk cakera keras luaran adalah sangat signifikan untuk keperluan masakini, apatah lagi dengan saiz fail yang melibatkan jenis media sangat besar sehinggakan ada yang mencecah 10GB untuk durasi 2 jam.

Kepada anda yang sedang mencari peranti simpanan luaran yang berkualiti dan mampu milik, berikut kami kongsikan 3 "External Harddisk" bersaiz sederhana yang boleh anda pertimbangkan.

1. Seagate 1TB Backup Plus Slim Portable Hard Drive USB 3.0 



Dengan harga dalam lingkungan RM199, peranti ini sangat sesuai untuk digunakan pada PC ataupun Mac. Seagate® Backup Plus Slim Portable Drive ini memberikan anda suatu alternatif yang mudah untuk menyimpan dan memindahkan data anda dengan tahap keselamatan yang tinggi. Sesuai untuk di bawa ke mana sahaja dengan rekaan menarik dan ringan memberikan anda ruang simpanan fail sebenar 1TB.

2. ADATA HV620S 1TB USB 3.0 Slim Portable External Hard Disk



Peranti ini memberikan anda ruang simpanan sebesar 1TB untuk kemudahan anda dan sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Dengan rekabentuk nipis, ia juga memiliki kelajuan luarbiasa dalam memindahkan data anda. harga yang ditawarkan dipasaran ialah dalam lingkungan RM195.

3. Buffalo Ministation 1 TB USB 3.0 Portable Hard Drive Pink 



Peranti ini berkebolehan menyokong peranti jenis plug in dan mempunyai cip yang sangat laju dengan kadar pemindahan selaju maksimum 5 Gbps (USB 3.0) Max. 480 Mbps (USB 2.0) selain memiliki kapasiti setinggi 1TB untuk kegunaan anda. Dengan rekabentuknya yang kecil dan nipis ini memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Bersesuaian dengan fungsinya, peranti ini dijual dengan harga yang sedikit mahal iaitu RM270 dipasaran atas talian.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripda kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

 

Berkaitan