3 Cara Untuk Mencegah "Browser History" Daripada Dikesan Telco

Seronok apabila dapat melayari laman-laman sesawang pada peranti pintar ataupun PC, sama ada di waktu lapang mahupun ketika berehat sekejap daripada tugas harian. Namun tahukah anda bahawa setiap aktiviti yang anda lakukan ketika melayari internet sebenarnya di rekod oleh pihak tertentu? sangat menakutkan, diantara pihak yang mungkin merakam aktiviti anda ialah Telco itu sendiri.

Jangan risau, kerana kami faham keperluan anda. Berikut diantara 3 cara yang boleh di gunakan untuk mengelakkan maklumat penggunaan internet anda daripada di kesan ataupun direkod oleh mana-mana pihak.

1.Gunakan Incognito Mode

Mod penyamaran ataupun (Incognito Mode) adalah suatu fungsi yang mana akan memberikan privasi yang lebih baik berbanding mod pelayar yang biasa. Mod ini semeangnya sudah tersedia pada pelayar Chrome dan Firefox. Walaupun kaedah ini tidak dapat mengelakkan maklumat anda daripada dikesan oleh Telco, namun ianya sesuai bagi anda yang tidak mahu sebarang "browser history" disimpan didalam peranti atau PC anda.



2.VPN

Fungsi VPN adalah untuk menjadikan sambungan internet anda sebagai sebuah sambungan peribadi yang sulit. Dengan menggunakan kaedah ini maka tiada pihak yang akan dapat merakam data ataupun lokasi anda ketika proses pelayaran internet.

Namun begitu, masih juga ada sedikit masalah yang akan anda hadapi, iaitu sambungan internet daripada VPN percuma adalah agak perlahan dan berbatas. Untuk mendapat sambunagn VPN yang terbaik dan laju, anda perlu membuat sedikit pembayaran bulanan kepada pihak yang menyediakan servis tersebut.

Untuk kegunaan peranti pintar, apliaksi VPN ini boleh didapati dengan mudah dalam Playstore ataupun Appstore



3.TOR Browser

Kaedah yang terakhir ialah dengan menggunakan pelayar khusus ialatu dikenali sebagai TOR Browser yang di bangunkan oleh TOR project. pelayar ini sememangnya telah di encrypted dan semua maklumat pelayaran tidak akan dapat dikesan oleh mana-mana pihak.

Untuk makluman anda juga, TOR browser ini digunakan oleh pengguna untuk mengakses ke darkweb ataupun deepweb. Sedikit nasihat daripada kami, jangan sesekali cuba melayari deepweb atau darkweb sekiranya anda tidak bersedia, kerana berkemungkinan peranti anda akan digodam oleh penggodam yang sentiasa menunggu mangsanya di laman tersebut.

Untuk memuat turun aplikasi TOR anda boleh sahaja membuat carian di google, ataupun dapatkan sahaja dalam Playstore.



Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami, semoga bermanfaat.

Berkaitan