3 Cara Untuk Memulihkan Kad Memori Yang Korup

Artikel kali ini kami ingin kongsikan cara-cara yang boleh anda cuba untuk memulihkan kad memori atau "pendrive" yang mengalami masalah "data corrupted". Masalah seumpama ini sering terjadi pada kad memori tiruan yang kebiasaannya dijual pada harga yang sangat murah dipasaran, maka anda dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa membuat pembelian.

Jangan panik sekiranya kad memori anda mengalami masalah ini, kerana ianya masih lagi boleh diperbaiki tanpa melakukan "format".

Berikut kami kongsikan 3 cara yang boleh anda cuba untuk mendapatkan kembali data pada kad yang telah korup.

Kaedah 1. Baik Pulih Dengan Kaedah Penukaran Nama

Langkah 1

  • Sambungkan kad memori anda pada PC, sekiranya kad tersebut korup maka ianya tidak akan dapat diakses. Apa yang perlu anda lakukan ialah masuk ke Disk managment dengan membuat carian pada ruangan Search.




Langkah 2

  • Setelah keluar paparan Disk managment, klik kanan pada "drive" kad memori tersebut dan pilih "Change drive Letter And Path"




  • kemudian ubah huruf yang mewakili kad memori anda kepada huruf yang seterusnya, sebagai contoh huruf "E" kepada "F".




  • Selesai, sekiranya berhasil maka kad memori anda akan pulih seperti sedia kala


 

Kaedah 2. Baik Pulih Dengan Kaedah "Re-Install Drive"

Langkah 1

  • Sekiranya kaedah pertama tadi tidak berhasil, anda boleh cuba kaedah ini pula. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasuki ke bahagian "Device manager"  dengan membuat carian pada ruangan Search seperti berikut.




Langkah 2

  • Seterusnya cari menu "Disk drive", pilih kad memori anda. Kemudian klik kanan dan pilih "Uninstall Device"






Langkah 3

  • cabut kad memori anda daripada PC tersebut dan masukkan kembali. Maka secara otomatik windows akan melakukan proses pemasangan semula pada "driver" kad memori tersebut. Selesai, sekiranya berhasil maka kad anda akan kembali pulih seperti biasa.


 

Kaedah 3. Baik pulih Dengan Menggunakan fungsi "Error Checking"

Langkah 1

  • Masuk ke bahagian "My PC" kemudian pilih klik kanan pada kad memori anda yang bemasalah dan pilih menu berikut.




Langkah 2

  • Seterusnya masuk ke bahagian Tools dan pilih Check




  • Pilih menu "Repair Drive" dan tunggu sehingga prosesnya selesai




  • Sekiranya bermasalah maka Windows akan mengesan dan memulihkan masalah tersebut.


 

Itu sahaja perkongsian daripada kami berkenaan kad memori kali ini. selamat mencuba, sekian terima kasih.