3 Cara Untuk Dapatkan Semula Kata Laluan iCloud

*Artikel dikemaskini pada Khamis 30 April 2018. 

Secara teknikalnya, bukan cara untuk dapatkan semula password (kata laluan) bagi iCloud. Sebab setiap kali anda terlupa password akaun Apple, anda hanya boleh (terpaksa) membuat password iCloud yang baru. Apple memang tak akan benarkan penggunaan password yang lama semula.

Dari pengalaman AriffMac, memang ramai yang terlupa akan password iCloud sebab ia jarang dibuka. Jadi bila tiba-tiba nak akses ke akaun iCloud, mulalah masukkan password yang ingat-ingat lupa.

Malangnya semua password yang dicuba salah dan setelah berulang kali dicuba, Apple secara automatik akan terus block (halang) akaun tersebut dari diakses oleh anda.

Sebaiknya, sebelum perkara itu berlaku, ada baiknya anda ngaku je lah dah terlupa password iCloud tu dan buat je password baru. Jadi cara-cara untuk membuat passwordyang baru adalah seperti berikut:-

Cara pertama dan kedua – melaui email atau menjawab soalan keselamatan



  • Selepas itu, terdapat 2 pilihan untuk anda pilih iaitu reset semula password atau reset soalan keselamatan akaun iCloud anda.




  • Di sini anda boleh pilih untuk reset password iCloud anda melalui email aktif yang anda gunakan seperti gmail dan yahoo (bergantung kepada email bantuan yang ditetapkan oleh anda semasa mula membuat akaun Apple). Ataupun anda boleh pilih untuk menjawab soalan yang telah ditetapkan anda sendiri semasa mula membuat akaun Apple.




  • Sekiranya anda pilih melalui email, anda hanya perlu klik butang Continue dan buka email anda dan klik pautan yang diberikan di dalam email tersebut untuk reset semula password iCloud anda. Selesai.



  • Tetapi jika anda pilih untuk menjawab soalan yang ditetapkan oleh anda sendiri, anda perlu memberikan jawapan kepada soalan tersebut secara tepat dari aspek ejaan dan huruf yang digunakan, sama ada besar atau kecil (itu semua ditetapkan oleh anda sendiri semasa membuat jawapan bagi soalan-soalan tersebut ketika mula membuat akaun Apple).



  • Selepas berjaya menjawab soalan-soalan tersebut anda bolehlah reset semula password akaun iCloud anda.


Kapsyen: Pastikan anda memenuhi keperluan menghasilkan password yang telah ditetapkan Apple


Tetapi, kalau dah tak ingat langsung…

Cara ketiga – Telefon operator Apple Malaysia

Okay, bagi anda yang memang tak ingat langsung password akaun iCloud anda sehingga di ‘block‘ oleh Apple sebab cuba berkali-kali untuk masuk, hanya terdapat satu jalan sahaja untuk selesaikan masalah ini.

Iaitu anda terpaksalah telefon Apple Malaysia untuk dapatkan bantuan reset semula password akaun iCloud anda.

Berikut adalah langkah-langkah untuk dapatkan bantuan dari Apple Malaysia bagi reset semula password akaun iCloud anda:-

  • Sebelum telefon Apple Malaysia, anda perlu pergi ke laman web Apple Support. Ini adalah bagi pendaftaran kes bagi menyelesaikan isu yang anda hadapi. Jadi tak lah nanti operator sokongan Apple tu terkejut atau keliru dengan kes yang dihadapi oleh anda.




  • Pilih bahagian Apple ID dan kemudiannya pilih Forgot Apple ID Password.




  • Selepas tu pilih Talk to Apple Support Now.


Kapsyen: Jangan pilih kotak Reset your Password kerana ia akan kembali semula kepada cara reset password menggunakan email seperti yang ditunjukkan pada awal tadi. Sebaliknya anda pilih pada kotak Talk to Apple Support Now atau Call Apple Support Later.


  • Sekiranya anda memilih kotak Talk to Apple Support Now, anda isikan maklumat ringkas pada ruang kosong seperti rajah di bawah untuk operator sokongan Apple Malaysia menghubungi anda nanti.




  • Tetapi, sekiranya anda memilih Call Apple Support Later, anda akan mendapat nombor telefon sokongan Apple Malaysia untuk anda hubungi.


Kapsyen: Anda juga akan diberikan nombor kes sebagai rujukan.


Situasi yang akan berlaku apabila anda menghubungi atau dihubungi oleh operator sokongan Apple

  • Operator tersebut akan bertanyakan masalah anda atau mereka memang sudah sedia maklum dengan masalah anda dengan merujuk kepada nombor kes yang telah didaftarkan pada awal tadi.

  • Nyatakan masalah anda iaitu Lupa password iCloud.

  • Seterusnya operator sokongan akan bertanyakan soalan yang berdasarkan tetapan soalan yang anda buat iaitu soalan keselamatan tadi.


Untuk menjawab soalan-soalan tu, anda sebenarnya perlu memberikan jawapan yang hampir-hampir betul (ataupun kalau dah tak ingat, belasah je lah). Lepas dah jawab soalan tu, biasanya pihak Apple Malaysia akan reset semula password iCloud anda.

Tetapi ini juga bergantung kepada jawapan yang diberikan anda serta beberapa maklumat tambahan lain yang mungkin diperlukan untuk pengesahan maklumat peribadi.

Selepas operator tu cakap, “Baiklah kami akan reset semula password iCloud en/cik/tuan/puan/dato. Selepas 8 jam en/cik/tuan/puan/dato bolehlah resetkan semula password iCloud”.

Okay, jelas tak di sini? Selepas 8 jam baru anda boleh reset semula password iCloud tu. Kalau tak silap, Apple akan memberikan kod khas pada email anda (AriffMac tak berapa ingat, sama ada di email ataupun telefon).

Selepas 8 jam barulah anda boleh reset semula password iCloud anda dengan yang baru. Habis. ?

Cumanya, itu adalah pengalaman yang AriffMac sendiri lalui pada tahun 2015 lalu. Jadi, AriffMac tak pasti sama ada anda masih perlu menunggu sehingga 8 jam untuk Apple reset semula password iCloud anda ketika ini.

Mungkin juga metod atau S.O.P (standard operation procedure) bagi reset semula password iCloud oleh Apple kini ada perubahan. Ini kerana akaun iCloud amat sensitif dan begitu privasi.

Jika anda ada pengalaman yang sama seperti ini, mungkin anda boleh kongsikan pengalaman anda ketika berurusan dengan operator sokongan Apple Malaysia.

p/s : No. Telefon Apple Malaysia 1-800-803-638 (Isnin – Jumaat, 9.00a.m – 9.p.m). AriffMac juga nasihatkan kepada anda yang pelupa sebaiknya menggunakan aplikasi pengurusan kata laluan bagi menguruskan segala kata laluan peribadi anda.

Berkaitan