Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

3 Cara Untuk Anda ‘Unsubscribe’ E-mel Di Gmail

Posted on April 6, 2020

Dari pelayar komputer, aplikasi Gmail untuk peranti Android atau iOS.

Kadang-kala, anda mungkin pernah mendaftar untuk menerima e-mel dari pelbagai platfom yang berbentuk seperti promosi atau berita.

Walaubagaimanapun, anda mungkin tidak melihat kesemua e-mel yang diterima itu sehingga menyebabkan longgokan e-mel di dalam akaun Gmail anda.

Jadi, di sini dikongsikan cara untuk  menarik diri dari melanggan (‘unsubscribe‘) e-mel dari pihak-pihak tersebut supaya mereka  tidak lagi menghantar sebarang e-mel kepada anda.

Terdapat 3 cara bagi membolehkan anda unsubscribe e-mel di Gmail.

1. unsubscribe e-mel Gmail dari komputer

  1. Dari pelayar, daftar masuk ke akaun Gmail
  2. Buka e-mel dari penghantar yang anda mahu unsubscribe
  3. Di sebelah nama penghantar itu, klik pada Unsubscribe atau Change preferences.

4. Tetapi, jika anda dapati tiada pilihan tetapan Unsubscribe atau Change preferences itu, anda boleh saja Block penghantar e-mel tersebut.

2. unsubscribe e-mel di aplikasi Gmail dari peranti Android

Berikut pula adalah cara e-mel menerusi aplikasi Gmail

  1. Buka aplikasi Gmail di dalam peranti Android anda
  2. Buka e-mel dari penghantar yang anda mahu unsubscribe
  3. Skrol hingga ke bawah e-mel dan anda akan dapat lihat pilihan Unsubscribe atau Change preferences.

4. Tetapi, jika anda dapati tiada pilihan tetapan Unsubscribe atau Change preferences itu, anda boleh saja Block penghantar e-mel tersebut.

More > Block

3. unsubscribe e-mel di aplikasi Gmail dari peranti iPhone atau iPad

Manakala, cara untuk unsubscribe e-mel di aplikasi Gmail bagi peranti iPhone atau iPad adalah sama sahaja sepertimana yang ditunjukkan untuk pengguna peranti Android.

Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress