3 Aplikasi Terbaik Untuk Sunting Video Pada Telefon Pintar Anda

Pada zaman teknologi yang serba canggih ini, pelbagai aplikasi untuk menyunting video telah tersedia bagi pengguna telefon pintar. Sudah semestinya kita semua mahukan video yang menarik, kreatif dan terbaik untuk ditunjukkan kepada orang lain. Aplikasi di dalam telefon pintar tidaklah sukar untuk digunakan berbanding di komputer riba. Akan tetapi kita juga perlulah mempunyai skill yang terbaik untuk menghasilkan video yang menarik. Artikel kali ini akan menunjukkan tiga aplikasi yang boleh anda muat turun bagi menyunting video di dalam telefon pintar.

1. FilmoraGo



FilmoraGo adalah aplikasi yang mudah digunakan kerana di dalam aplikasi banyak fungsi yang telah tersedia untuk menyunting video. Antara fungsi-fungsi yang ada di dalam aplikasi ini adalah, pengguna dapat crop (memotong) atau rotate (memutar) setiap gambar yang mahu dijadikan video agar video tersebut tegak dan nampak menarik. Selain itu, pengguna juga dapat menambah subtitle (sari kata) di dalam suntingan video. Yang lebih menarik tentang aplikasi ini adalah pengguna dapat menggunakan filter yang telah tersedia.





Selepas selesai suntingan gambar yang  pengguna mahukan, seterusnya pengguna perlu menggabungkan kesemua gambar tersebut untuk dijadikan video. Pengguna juga boleh menambah lagu di dalam suntingan untuk dijadikan sebagai latar belakang muzik. Transitions mampu membantu video itu tampak lebih menarik dengan peralihan setiap scene. Langkah terakhir apabila sudah siap suntingan, pengguna perlu simpan dan boleh di muat naik ke dalam platform sosial media.

 

2.InShot



Aplikasi InShot turut menyajikan sejumlah fungsi menarik didalamnya seperti kawalan tahap kabur pada video dalam proses suntingan. Selain itu, pengguna juga dapat menggunakan sticker(pelekat) serta teks membuat kelainan di dalam video yang disunting. Terdapat juga fungsi Trim yang memudahkan anda menyunting durasi video berkenaan.



Setiap video yang dihasilkan menerusi aplikasi InShot akan tertera watermark aplikasi berkenaan tetapi keistimewaan diberikan untuk penggunaan kali pertama, ia boleh dibuang. Namun untuk suntingan lain, watermark dan paparan iklan dalam aplikasi itu hanya boleh dihilangkan menerusi pembelian bernilai RM12.90.

3. KineMaster



Reka bentuk di dalam aplikasi KineMaster ini menarik bagi saya kerana ianya tidak seperti pada aplikasi yang lain. Di dalam aplikasi KineMaster, ia menyediakan fungsi untuk mengawal had volume audio mengikut citarasa pengguna itu sendiri. Selain daripada itu, pengguna juga bebas untuk menggunakan asset store yang telah disediakan, sebagai contoh penggunaan lagu di dalam video, tema yang diperlukan di dalam video dan banyak lagi.

Fungsi handwriting dan juga voiceover yang dilengkapkan pada aplikasi ini amat menarik bagi saya. Pengguna dapat menggunakannya dengan segera tanpa perlu pergi kepada aplikasi lain. Pengguna juga bebas untuk menentukan setiap klip di dalam video itu perlu laju atau perlahan jika menggunakan aplikasi ini.

Jika anda mahukan aplikasi-aplikasi di atas ini, anda boleh memuat turun pada Google PlayStore pada pengguna android serta AppStore pada pengguna ios.

 

Berkaitan