3 Android Launcher Ini Sesuai Untuk Warga Emas Dan Rabun

Di zaman yang serba canggih ini, golongan dewasa (warga emas) tidak terkecuali dari terkena tempias teknologi.

Kebanyakkan pakcik dan makcik kini sudah nula berjinak-jinak untuk memakai telefon pintar bagi membolehkan mereka menggunakan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, WhatsApp dan lain-lain.

Tapi satu masalah bagi golongan ini adalah jarak penglihatan yang kurang memuaskan. Kadangkala ada yang perlu memegang telefon pintar terlalu dekat dengan mata untuk melihat skrin paparan (skrin siap sentuh hidung).

Sebagai anak, anda boleh bantu ibubapa dengan menyuruh mereka memuat turun 3 Android Launcher berikut:

1. Necta Launcher



Khas dibangunkan bagi golongan yang berusia. Ia mengubah ikon dan simbol telefon pintar menjadi lebih besar dan senang dilihat.

Aplikasi turut dilabel dengan tulisan bersaiz besar. Senang cerita antaramuka semua besar, dari tetapan sistem hingga pendail nombor.

Tambahan, Necta turut dilengkapi dengan ciri "SOS" yang apabila ditekan ia akan terus membuat panggilan kecemasan dengan semudah sekali tekan.

 

2. Big Launcher



Lebih kurang dengan aplikasi diatas, ia tampil dengan antaramuka yang jelas dan mudah digunakan golongan berumur.

Log panggilan dan mesej turut dipaparkan dengan jelas supaya pakcik dan makcik tak terlepas

  • Senarai panggilan yang tidak dijawab

  • Mesej yang belum dibaca


Ciri SOS juga terdapat pada launcher ini memudahkan panggilan diwaktu kecemasan dibuat.

 

3. Wiser - Simple Senior Launcher



Nama sama tapi bukan admin yang buat ye. Sesuai untuk semua peringkat umur yang mahukan antaramuka yang lebih besar dan jelas.

Sama seperti dua launcher diatas, ia mengubah segala ikon dan simbol di dalam telefon anda. Wiser launcher ini membahagikan paparan kepada 4 bahagian:

  • Halaman Home

  • Papan kenyataan

  • Kenalan Kegemaran

  • Aplikasi


Pada bahagian Home, ia terbahagi kepada 6 jenis aplikasi yang selalu digunakan

  1. Kenalan

  2. Pendail

  3. Mesej

  4. Kamera

  5. Galeri

  6. Aplikasi


Ketiga-tiga launcher diatas ada dua versi, percuma dan berbayar. Klik pada nama launcher untuk muat turun versi percuma.

Kalau rasa ia berguna bolehlah kongsikan pada yang lain ya.