Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Preme KL Home Jersey 2020 Laris Dijual Dalam Masa 2 Jam

Preme KL Home Jersey 2020 Laris Dijual Dalam Masa 2 Jam

Diterbitkan Julai 13, 2020 · Dikemas kini Julai 13, 2020 oleh Nadiah Ab

Pada 4 Julai yang lalu, sebuah jenama kedai papan selaju tempatan baru sahaja melancarkan 250 helai baju jersi yang dinamakan Preme KL Home Jersey 2020. Seawal jam 12 tengah malam lagi orang ramai sudah mula menyerbu dan beratur untuk mendapatkan jersi tersebut.

Preme KL telah mula beroperasi secara dalam talian sejak tahun 2015 sebelum membuka kedai pertamanya di Klang pada tahun 2017. Kini, butik Preme KL bertapak di SS15, Subang Jaya dan sudah sangat dikenali di kalangan pencinta papan selaju.

Preme KL sebelum ini pernah berkolaborasi dengan beberapa artis popular Malaysia seperti Altimet dan Noh Hujan. Tidak lupa juga kolaborasi bersama pemain-pemain papan selaju profesional seperti Pa’din Musa dan Mariss Khan.

preme kl home jersey 2020
Preme KL x Altimet
preme kl home jersey 2020
Preme KL x Noh Hujan
preme kl home jersey 2020
Preme KL x Padin Musa
preme kl home jersey 2020
Preme KL x Mariss Khan
Preme KL x Clairvoyant

Pada tahun ini, pemilik Preme KL yang dikenali sebagai Mamak, telah membuat sedikit kelainan melalui kerjasama beliau dengan seorang artis tempatan yang digelar sebagai ‘Clairvoyant’. Bertujuan untuk menghargai karya seni artis tempatan, kolaborasi ini telah berjaya menghasilkan rekaan jersi yang unik dan menarik bertemakan “Symbol of Life”.

preme kl home jersey 2020
Preme KL Home Jersey 2020
preme kl home jersey 2020
Preme KL Home Jersey 2020

Preme KL Home Jersey 2020 ini dilancarkan pada jam 12 tengah hari pada 4 Julai yang lalu. Dipercayai lebih 400 orang telah bermalam di hadapan kedai untuk mendapatkan jersi ini namun hanya 100 helai baju sahaja terdapat di kedai dan selebihnya telah dijual melalui laman web Preme KL sendiri. Malah dalam laman webnya juga, tidak sampai 2 jam, jersi tersebut telah laris dijual.

preme kl home jersey 2020
Clairvoyant

Mamak berkata, proses persiapan jersi ini yang telah mengambil masa selama hampir setahun telah membuahkan hasil yang sangat memuaskan. Anda boleh menilai sendiri kehebatan Preme KL melalui video di bawah milik seorang pelanggan yang berjaya mendapatkan jersi tersebut.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2020/07/13150116/WhatsApp-Video-2020-07-13-at-2.15.01-PM.mp4

Selain barangan hasil kolaborasi mereka, Preme KL juga ada mengeluarkan baju jenama mereka sendiri. Jika anda berminat untuk menunjukkan sokongan terhadap barangan tempatan, anda boleh layari laman Instagram rasmi @preme.kl atau laman web Preme KL.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY