21 Buah Telefon Pintar Ini Termasuk Dalam Senarai Android Enterprise Recommended

Google baru-baru ini ada melancarkan satu program yang dikenali sebagai Android Enterprise Recommended.

Antara matlamat program itu diwujudkan adalah untuk memudahkan syarikat memilih peranti Android yang terbaik untuk para pekerja mereka.

Untuk melayakkan peranti itu tersenarai ke dalam program ini, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antara syarat yang dikenakan Google adalah penyediaan patch sekuriti terbaru dalam masa 90 hari hingga 3 tahun selepas dikeluarkan.

Syarat minima untuk spesifikasi pula, telefon pintar haruslah dilengkapi RAM 2GB, storan dalaman sebesar 32GB, kelajuan pemprosesan minima 1.4GHz, kuasa bateri yang boleh bertahan hingga 8 jam, kamera belakang 10MP dan kamera hadapan sekurang-kurangnya 2MP.

Berdasarkan 21 model yang disenaraikan dalam program ini, kita boleh melihat ia adalah campuran antara model kelas pertengahan dan juga flagship.

Ia dapat memberikan lebih pilihan kepada syarikat untuk membuat pilihan berdasarkan bajet masing-masing.

  1. Google Pixel

  2. Google Pixel 2

  3. Google Pixel 2 XL

  4. Blackberry KeyOne

  5. Blackberry Motion

  6. Huawei Mate 10

  7. Huawei Mate 10 Pro

  8. Huawei P10

  9. Huawei P10 Plus

  10. Huawei P10 Lite

  11. Huawei P Smart

  12. LG V30

  13. LG G6

  14. Motorola Moto X4

  15. Motorola Z2

  16. Nokia 8

  17. Sony Xperia XZ1

  18. Sony Xperia XZ1 Compact

  19. Sony Xperia XZ1 Premium

  20. Sony Xperia XA 2

  21. Sony Xperia XA 2 Ultra


https://www.youtube.com/watch?time_continue=65&v=4GIc55fOPf0