200 Juta Barang Terjual Semasa Jualan 11.11 Shopee

Semalam baru sahaja selesai jualan hebat 11.11. Shopee. Kali ini, penjual yang ambil bahagian menyaksikan peningkatan pesanan sebanyak 10 kali ganda berbanding hari biasa.

Sementara pengguna, lebih daripada 20 jam penstriman langsung yang ditonton semasa Shopee Live dan lebih daripada 2.5 bilion kali permainan dalam aplikasi Shopee dimainkan.

Melalui jualan hebat 11.11 Shopee ini juga, ia mempercepatkan ekonomi digital di rantau ini dengan 200 juta barangan terjual pada hari tersebut.



Kategori produk yang paling popular semasa jualan ini adalah kelengkapan rumah dan kediaman, produk elektronik serta barangan runcit dan barangan haiwan peliharaan.

Tambahan lagi, ini adalah trend utama semasa jualan ini berlangsung:

  • 3,000 MSME Malaysia terbaik di Shopee catat purata jualan sebanyak RM55,000 semasa 11.11

  • Jumlah transaksi terbesar yang dilakukan seorang pengguna berjumlah RM70,000

  • Sebanyak 650,000 barangan terjual dalam masa satu jam di Selangor pada kemuncak 11.11

  • 1 juta barang pembaikan rumah terjual seperti splashback, panel dinding dan kelengkapan lantai

  • Rakyat membeli lebih daripada 560,000 snek dimana 1 daripada 5 adalah Samyang Hot Chicken

  • Peranti Xiaomi iaitu Redmi Note 8, fon telinga Mi dan Mi Band 4C antara gajet yang popular

  • Huawei catat RM1 juta hanya untuk MateBook D 15 dalam masa 10 minit pertama


Trend ini menunjukkan bahawa e-dagang memberi impak positif dan Shopee akan akhiri tahun 2020 dengan 12.12 Birthday Sale pula.