2 Model Tetikus Senyap Tanpa Wayar Mampu Milik Daripada Logitech

Kegunaan peranti tetikus tanpa wayar sememangnya menjadi suatu keperluan mutakhir ini dek kerana keselesaan penggunaannya dan kualiti yang ditawarkan.

Namun tahukah anda bahawa kebanyakan tetikus yang ditawarkan dipasaran sama ada tanpa wayar ataupun sebaliknya, menghasilkan bunyi yang kuat dan menjengkelkan ketika tombonya diklik? Masalah ini mungkin tidak menjadi gangguan kepada sesetengah pengguna, apapun sekiranya digunakan pada waktu malam atau suasana yang sunyi, bunyi tersebut sedikit sebanyak akan menggu "emosi" orang disekeliling.

Kepada anda yang sedang mencari - cari tetikus tanpa wayar yang kalis bunyi, berikut ialah dua tetikus yang kami cadangkan.

 

1. Logitech M221 Silent Wireless Mouse



Dengan harga serendah RM59, peranti ini boleh didapati dengan mudah melalui kedai diatas talian seperti Lazada, shopee dan lian - lain. Ianya menjadi kegemaran pengguna kerana kualiti yang ditawarkan dan bunyi klik nya yang hampir tidak kedengaran. Baterinya juga sangat tahan lama sehingga mencecah anggaran 2 tahun penggunaan.

 

2. Logitech M331 Silent Plus Wireless Mouse



Dengan harga yang sedikit mahal ianitu RM79, juga mempunyai fungsi yang sama seperti model M221. Apa yang membezakannya dengan model M221 ialah bentuknya yang lebih berkontur dan selesa dipegang bagi pengguna tangan kanan.

Maklum balas tentang kedua - dua produk ini sangat positif, jadi adalah sangat berbaloi ntuk anda miliki. Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan