Masalah ini kembali menjadi perhatian menjelang pilihan raya umum yang dijangka akan berlangsung di India pada bulan April atau Mei nanti.
Ini kerana ia mungkin akan dijadikan platform bagi menyebarkan berita palsu dalam usaha untuk memenangi hati pengundi di sana.
WhatsApp telah memberi jawapan kepada kebimbangan itu dalam satu persidangan yang diadakan di New Delhi baru-baru ini.
Menurut jurutera perisian WhatsApp, Matt Jones, mereka bukan sahaja telah memadamkan sekitar 2 juta akaun setiap bulan, malah menyatakan mereka mampu untuk mengharamkan 20% daripada akaun tersebut sebaik ia didaftarkan.
Syarikat tersebut turut memberitahu bahawa 75% akaun telah dihalang menggunakan algorithm atau tanpa menggunakan tenaga manusia.
Mereka mengesan akaun palsu ini melalui alamat IP, nombor telefon, usia akaun serta kadar kekerapan akaun tersebut menghantar mesej sejurus selepas ia didaftarkan.
Sebelum ini, WhatsApp telah mengehadkan pemanjangan mesej kepada lima kali sahaja bagi membendung masalah spam dan tindakan memadam akaun ini juga menunjukkan WhatsApp benar-benar ingin menyelesaikan masalah ini sebaik mungkin.
Syarikat induk mereka, Facebook beberapa tahun lepas telah terpalit dengan kontroversi berkaitan pemilihan presiden Amerika Syarikat dan mereka ternyata tidak mahu perkara sama berulang pada aplikasi WhatsApp pula kali ini.
Sumber: VentureBeat Fortune
Berkaitan
- Peranti Android Go Pertama Huawei Bakal Dilancarkan di Bawah Siri Huawei Y
- Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja
- Permainan Contra : Return Sudah Mula Tersedia Untuk Dimuat-Turun Untuk Peranti Android & iOS
- Anda Boleh Mencuba Android Smart LED TV 4K 55 Inci Ini Selama 15 Hari Secara Percuma
- Twitter Tampil Dengan Kemaskini Baru Untuk Android Nougat
- Asus Tangguh Kemaskini Android Oreo Untuk Zenfone 3 Laser dan Zenfone 3 Zoom
- Dua Model Xiaomi Dengan Android One Sedang Dibangunkan, Didakwa Mi A3 & Mi A3 Lite
- Jam Pintar Acer Leap Ware Menawarkan Banyak Sensor Tanpa Sistem Android Wear
- Anda Kini Boleh Mainkan Video Instagram dan Facebook Melalui Aplikasi Whatsapp
- Apple Pula Tertangkap Promosi Produk Mereka Menggunakan Peranti Android