2 Cara Untuk Tambah Kelajuan Pindahan Data Pada "Thumbdrive"

Penggunaan peranti storan mudah alih ataupun lebih dikenali sebagai Thumbdrive boleh dikatakan sangat sinonim dengan keperluan digital masyarakat kita.

Selain daripada saiz fizikalnya yang sangat kecil ianya juga dapat diperolehi dengan harga yang sangat berpatutan.

Namun terdapat satu kekurangan Thumbdrive jika ingin dibandingkan dengan cakera keras ialah kelajuannya untuk memindahkan data yang agak perlahan. Apa pun jangan bersedih, berikut kami kongsikan dua kaedah yang boleh digunakan untuk menambah baik kelajuan peranti Thumbdrive.

 

Kaedah 1 : Format Menggunakan NTFS 

 

Langkah 1: Sambung Thumbdrive anda ke PC.

langkah 2: Buka My Computer dan klik kanan pada Thumbdrive yang anda gunakan.

langkah 3: Klik pada  "Properties" dan pilih "Format."

Langkah 4: Pada menu "File System" pilih  "NTFS."

Langkah 5: Akhir sekali klik "Format."



 

Kaedah 2 : Ubah polisi peranti

 

Langkah 1: Sambung Thumbdrive anda ke PC.

langkah 2: Buka My Computer dan klik kanan pada Thumbdrive yang anda gunakan.

langkah 3: Klik pada  "Properties" dan klik pada tab "Hardware"

Langkah 4 : Pada senarai pemacu yang tertera, pilih pada nama Thumbdrive yang anda gunakan. Kemudian klik pada tombol "Properties"

Langkah 5 : Klik pada menu "Change Setting", seterusnya klik pada tab "Policies" yang muncul selepas itu

Langkah 6 : terakhir sekali, tandakan pada kotak yang tertera "Better Performance Option."



 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Berkaitan