2 Cara Untuk Muat Turun Dengan Sempurna Menggunakan IDM

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini kami ingin kongsikan kaedah-kaedah yang boleh anda cuba untuk mempastikan tiada berlakunya sebarang "Download error" ketika memuat turun Fail menggunakan perisisan Internet Download Manager (IDM).

Ramai daripada penggunna IDM yang mengeluh kerana proses muat turun hanya berlaku sehingga 99% sahaja kemudiannya langsung berhenti, apatah lagi sekiranya anda muat turun fail yang bersaiz sangat besar.

Jangan bersedih, berikut kami kongsikan 2 kaedah yang boleh anda cuba untuk mencegah perkera tersebut daripada berlaku.

Kaedah 1

Tetapkan Jumlah Sambungan

Buka IDM kemudian pilih Menu Download  - Option



Seterusnya pilih Tab Connection



Apa yang perlu anda lakukan ialah Tetapkan Default max conn. number.



Pastikan anda pilih Jumlah sambungan yang sesuai dengan kelajuan interrnet anda. Rujuk senarai dibawah.

  • 10 Mbps keatas  > pilih 1-32

  • 4-5mbps   > pilih 1- 24

  • 2 - 3 Mbps > pilih 1 - 16

  • Kurang Daripada 2 Mbps > pilih 1- 8


Untuk makluman anda, semakin kecil jumlah sambungan yang digunakan, lagi elok proses muat turunnya.

Kaedah 2

Matikan Perisian Anti Virus

Antara sebab lain IDM tidak dapat berfungsi dengan baik adalah disebabkan "firewall" daripada Anti-virus yang mungkin menghalang proses muat turun yang berlaku.



 

Itu sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini. Semoga bermanfaat.