2 Cara Mudah Untuk Mengenali Peranti Pintar Palsu

Kepada yang masih tertanya-tanya sama ada peranti yang dimiliki adalah asli ataupun tiruan, berikut kami kongsikan dua kaedah yang boleh dicuba untuk menyemak keasliannya.

1. Menyemak nombor IMEI pada laman web yang disediakan

pertama sekali semak nombor IMEI tersebut dengan menggunakan kod #06# atau *#06# . Sekiranya tidak berhasil, boleh seahaja semak IMEI pada kotak peranti yang dibeli.



 

Seterusnya masuk ke laman sesawang www.imei.info . Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasukkan kod tersebut pada ruangan yang disediakan dan seterusnya klik pada butang "Check"



 

Sekiranya IMEI tersebut asli maka akan muncul seluruh spesifikasi peranti anda termasuk jenama dan jenis modelnya.



 

2. Menggunakan Antutu Officer

Pertama sekali pasang apliaksi AnTuTu Officer pada peranti Android anda.



 

Seterusnya dengan menggunakan PC, mesuk ke laman sesawang y.antutu.com. Laman tersebut akan memberikan anda satu kod bar.



 

Kemudian buka aplikasi yang anda pasang tadi, imbas kod bar pada PC tersebut dengan cara menekan tombol "Start"



 

Sekiranya peranti anda asli, maka akan muncul maklumat berkenaan jenis dan model peranti tersebut seperti dibawah.



 

Itulah sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat

 

Berkaitan