2 Bekas Pekerja Twitter Didakwa Atas Tuduhan Mengitintip

Tertuduh menggodam pengguna Twitter yang mengkritik keluarga diraja Arab Saudi.


2 Orang bekas pekerja Twitter Inc dilaporkan didakwa atas tuduhan  melakukan aktiviti intipan di Amerika Syarikat yang turut melibatkan seorang lagi lelaki berwarganegara Arab Saudi.

Berdasarkan dakwaan yang difailkan itu, ketiga-tiga tertuduh didakwa menggodam data pengguna, sebelum menyerahkannya kepada pegawai Arab Saudi dengan bayaran tertentu.

Tertuduh yang dinamakan, Ali Alzabarah dan Ahmad Abouammo adalah bekas kakitangan Twitter,manakala Ahmed Almutairi, yang pernah berkhidmat dengan keluarga diraja Arab Saudi, bakal berdepan tuduhan bekerja dengan kerajaan negara itu tanpa berdaftar sebagai ejen luar negara.

Kapsyen: Wajah tertuduh, Ali Hamad A Alzabarah, (kiri) dan Ahmed Saad M Almutairi. Kredit: FBI


Saudi agents mined Twitter’s internal systems for personal information about known Saudi critics and thousands of other Twitter users” Pihak pendakwaan A.S.

Dalam pemfailan tersebut menyatakan, Ahmad didapati telah berulang kali mengakses akaun Twitter pengkritik utama keluarga diraja Arab Saudi sejak awal 2015, yang membolehkannya mampu melihat alamat e-mel dan nombor telefon mangsanya yang mempunyai kaitan dengan akaun terbabit.

Malah tertuduh juga turut boleh mengakses beribu akaun milik pengguna lain yang mengkritik kerajaan Arab Saudi bagi memperoleh maklumat peribadi mereka.

Sumber: Bloomberg