Perbandingan Gambar Antara Jenama Telefon Pintar Terkenal

Dengan hadirnya Samsung Galaxy S8 ke pasaran bermakna wujud pula satu persoalan: telefon pintar mana yang dapat menangkap gambar dengan baik?

Selalunya iPhone pasti menjadi jawapan terus kepada persoalan tadi.

Namun sejak kebelakangan ini, pengeluar lain seolah-olah dapat merapatkan jurang dengan menampilkan imej gambar yang boleh menjadi pencabar utama kepada takhta fotografi mobile.

S8 mengambil pendekatan sama dengan Google dengan memanfaatkan perisian pemprosesan gambar bagi menghasilkan gambar yang lebih baik.

Perbandingan ini melibatkan Pixel XL, iPhone 7, Galaxy S8 Plus dan LG G6.

Gambar diambil dengan menggunakan mod auto tanpa mod HDR dipasang.

Warna

s8 Kapsyen: Samsung Galaxy S8 Plus


Pixel XL Kapsyen: Google Pixel XL


Kapsyen: LG G6


Kapsyen: iPhone 7


Jika dilihat secara rawak, gambar dari iPhone 7 dilihat lebih gelap dan warna merah nampak lebih tepu.

Untuk peranti lain pula, gambar seakan-akan sama dengan Galaxy S8 lebih terdedah dan seimbanga berbanding peranti Android yang lain.

Ini contoh lain bagaiamana setiap peranti menangani warna dengan cara yang berbeza:

S8 Plus Kapsyen: Samsung Galaxy S8 PLus


Pixel XL Kapsyen: Google Pixel XL


Kapsyen: LG G6


Kapsyen: iPhone 7


Gambar dari S8 berlainan dari peranti lain dengan ton warna yang berbeza.

Google Pixel pula menghasilkan gambar yang rata dengan perincian yang lebih.

G6 pula menampilkan warna oren yang menaik manakala iPhone 7 menampilkan gambar yang lebih realistik dengan tona warna yang lebih sejuk berbanding peranti yang lain.

Perincian

Kapsyen: Samsung Galaxy S8 Plus


Kapsyen: Google Pixel XL


Kapsyen: LG G6


Kapsyen: iPhone 7


Samsung Galaxy S8 boleh menjadi pencabar dari segi perincian dengan Google Pixel.

Google Pixel pula memenangi kategori ini dengan perincian yang lebih dalam satu frame berbanding peranti lain.

LG G6 pula menampilkan gambar yang cantik tetapi perincian halus mereka yang terlampau kadang kala boleh merosakkan detail gambar jika difokus.

iPhone 7 pula menampilkan tona yang sejuk dengan perincian yang agak kurang.

Mungkin Apple cuba memberi gambar keseluruhan yang agak realistik tanpa terlampau bergantung menggunakan perincian.

Pencahayaan Yang Kurang

s8 Kapsyen: Samsung Galaxy S8 Plus


Kapsyen: Google Pixel XL


i.img Kapsyen: LG G6


Kapsyen: iPhone 7


Dalam kategori kurang penchayaan pula, Google Pixel XL dengan jelas memenangi kategori ini dengan gambar yang lebih terang.

iPhone 7 dan S8 mungkin jatuh di tempat kedua dengan menampakkan latar belakang yang kurang dengan G6 berada di tempat terakhir.

Konklusi

Samsung Galaxy S8 mungkin tidak dapat menandingi Pixel dalam bab fotografi.

Tidak menghairankan kerana Google Pixel dianggkat sebagai kamera mobile terbaik oleh DxOMark.

Mungkin satu pencapaian yang sukar diikuti oleh pengeluar lain.

LG G6 pula menampilkan gambar yang menarik dengan pemprosesan gambar yang agak seimbang.

iPhone 7 dilihat agak terkebawah dengan gambar yang diambil oleh peranti ini.

Takhta Apple mungkin telah diambil oleh Google dalam kategori telefon pintar dan Apple seharusnya mempertingkatkan kualiti gambar mereka agar persaingan mereka tidak ketinggalan.

Sumber