Baru-baru ini, Google telah membuang sebanyak 17 aplikasi Android yang bertapak dalam Play Store.

17 aplikasi tersebut telah dijangkiti perisian hasad Joker yang mencuri data pengguna.

Apa yang berlaku adalah perisian hasad tersebut berfungsi untuk mencuri mesej SMS, senarai kenalan, maklumat telefon, dan secara senyap melanggan perkhidmatan premium wireless application protocol (WAP) untuk menjana wang.

Walau bagaimanapun 17 aplikasi tersebut hanya disiarkan di Play Store bulan ini dan bukanlah telah berada dalam Play Store sejak berbulan lamanya.

IKLAN

17 aplikasi tersebut adalah:

  • All Good PDF Scanner
  • Mint Leaf Message-Your Private Message
  • Unique Keyboard – Fancy Fonts & Free Emoticons
  • Tangram App Lock
  • Direct Messenger
  • Private SMS
  • One Sentence Translator – Multifunctional Translator
  • Style Photo Collage
  • Meticulous Scanner
  • Desire Translate
  • Talent Photo Editor – Blur focus
  • Care Message
  • Part Message
  • Paper Doc Scanner
  • Blue Scanner
  • Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
  • All Good PDF Scanner

Walaupun Google telah membuang aplikasi ini dalam Play Store, pengguna masih lagi perlu membuang secara manual dalam telefon mereka.

Awal bulan ini juga, Google telah membuang 6 aplikasi yang turut juga mempunyai perisian hasad yang sama.

Sumber: Zscaler