Tiba Giliran Guess Pula Memperkenalkan Jam Pintar Android Wear 2.0

Nampaknya lebih banyak pembuat jam memasuki pasaran jam pintar berbanding pembuat peranti mudah alih. Baru-baru ini Guess pula yang tampil dengan koleksi jam pintar mereka. Syarikat fasyen terkemuka berkenaan bakal memperkenalkan koleksi Connect yang dijadualkan pelancarannya Ogos atau September ini.

guessconnectandroidwear


Jam pintar ini akan dimuatkan dengan sistem operasi Android Wear 2.0 dan seperti yang dijangka ianya akan menggunakan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon Wear 2100. Walaupun spesifikasi lain masih belum diumumkan, kami jangka ianya akan ditawarkan dengan dua variasi RAM 512GB atau 768GB dan juga storan dalaman 4GB.

Seperti yang anda dapat lihat melalui gambar yang dipaparkan, jam ini memiliki reka bentuk bulat tradisional. Kedua-duanya mempunyai rekaan yang berlainan. Rekaan bling-bling menggunakan bahan seperti emas dan campuran logam (beberapa tambahan variasi lain di masa akan datang) dilihat khas untuk wanita manakala wrist band getah pula dilihat lebih sesuai untuk lelaki, lebih sporty. Tetapi pandangan saya adalah subjektif. Terpulang kepada taste anda.

Antara-muka jam ini boleh diubah mengikut keinginan pengguna dengan beberapa lagi ciri tambahan. Dikhabarkan juga jam ini boleh mempunyai ciri interchangeable straps dimana pengguna dapat menukar reka bentuk mengikut citarasa masing-masing. Harga masih belum dimumkan, tetapi saya rasa jam ini lebih mahal berbanding Huawei dan Apple watch. Sama-sama kita lihat September ini.

Sumber