15 Arahan Kepada Google Assistant Yang Boleh Membantu Kehidupan Harian Anda

Teknologi adalah sesuatu yang dihasilkan oleh manusia untuk memudahkan kehidupan manusia itu sendiri. Hari ini, ternyata teknologi tidak boleh dipisahkan dengan kita.

Bermula dengan memasang jam penggera untuk bangun tidur, hinggalah memasang menutup lampu sebelum masuk tidur, semuanya melibatkan peralatan teknologi.

Salah satu teknologi yang amat berguna hari ini ialah pembantu pintar yang ada dalam kebanyakan peranti yang kita miliki. Antara pembantu pintar yang popular ialah Google Assistant.

Melaluinya, kita hanya perlu melakukan arahan menggunakan suara sahaja untuk melakukan sesuatu tugasan. Oleh itu, pada kali ini kami akan senaraikan 15 arahan kepada Google Assistant yang boleh anda gunakan dalam kehidupan seharian.

Kapsyen: Geospatialworld


Sebelum mengeluarkan arahan, pastikan anda menyebut "Ok, Google" atau "Hey, Google" terlebih dahulu.

Okay, jom kita mulakan.

"Okay, Google,..(sambung di bawah)

  1. Wake me up at (pukul berapa nak bangun) - Tetapkan jam penggera

  2. How's the weather today? - Mengetahui ramalan cuaca

  3. Add (acara) to my calender - Menambah peringatan pada satu-satu tarikh

  4. What's up? - Semak notifikasi

  5. What's next on my calendar? - Mengetahui acara paling hampir dalam kalendar

  6. (nombor) plus/minus/times/divided by (nombor) - Membuat kiraan 

  7. Snooze alarm - Tunda jam penggera

  8. What is the nearest restaurants to me? - Mengetahui restoren terdekat

  9. Play (tajuk lagu) on (platform eg: Joox/Spotify) - Mainkan muzik

  10. Did (nama pasukan) win last night? - Mengetahui keputusan perlawanan sukan

  11. How much is a round-trip flight to (destinasi) - Mengetahui harga tiket penerbangan

  12. Call (nama) - Buat panggilan

  13. Open (aplikasi) - Membuka aplikasi

  14. Translate (perkataan) in (bahasa) - Buat terjemahan

  15. Go to (laman web eg:wiser.my) - Pergi ke laman sesawang 


Sebenarnya banyak lagi arahan yang boleh diberikan kepada Google Assistant, namun ada diantaranya yang memerlukan peranti anda disambungkan dengan peralatan rumah pintar yang lain.

Dengan kiriman ini, diharapkan anda akan lebih menggunakan kemudahan ini kerana hakikatnya masih ramai yang langsung tidak pernah menggunakannya.

 

Sumber: CNET

Berkaitan