13 Juta Akaun PUBG Telah Ditutup Sejak Pertengahan 2017

Penipuan dalam permainan bukan perkara baru malah insiden ini memberi impak negatif kepada komuniti sesuatu permainan tersebut dan pembangun berusaha keras untuk menyelesaikan masalah tersebut bagi mengekalkan pemain aktif permainan mereka setiap bulan.

Playerunknown's Battlegrounds atau PUBG, sebuah permainan FPS yang terdapat di platfom PC, Android, iOS dan juga Xbox telah sekurang-kurangnya menutup 13 juta akaun sejak 69 minggu lepas. Angka tersebut didedahkan oleh redditor sjk045 itu mengatakan yang Bluehole, pembangun permainan PUBG telah memaparkan jumlah akaun yang telah ditutup sejak pertengahan tahun lepas.



Angka tersebut memaparkan akaun yang ditutup dan bukannya pengguna itu sendiri memberi tanggapan terdapat beberapa akaun yang dimiliki oleh orang yang sama. Pemain aktif PUBG juga telah menurun mendadak dari Januari tahun ini dari 1.6 juta sehingga 535,000 pemain sejak sebulan yang lepas.

Sumber