12 Telefon Pintar Terawal Yang Akan Dikemaskini Dengan MIUI 10

Terdahulu, Xiaomi ada menyatakan rancangan mereka untuk mengeluarkan kemaskini MIUI 10 sekitar September dan Oktober tahun ini.

MIUI 10 dikhabarkan hadir secara berperingkat dimulai dengan pasaran China terlebih dahulu dan kemudiannya ditawarkan untuk global.

Membawakan rekaan antaramuka yang lebih segar daripada versi lama, MIUI 10 turut menyokong AI, IoT serta ciri sentuhan untuk menggantikan butang navigasi maya serta pelaras kelantangan bunyi yang diletakkan secara menegak.



12 buah model yang bakal menerima MIUI 10 adalah seperti berikut.

1. Xiaomi 8SE

2. Xiaomi MIX 2

3. Xiaomi MIX

4. Xiaomi 6

5. Xiaomi 6X

6. Xiaomi Note 2

7. Xiaomi 5

8. Redmi 6 Pro

9. Redmi 6

10. Redmi 6A

11. Redmi Note 5

12. Redmi S2

Model dari kelas flagship iaitu Mi Mix 2s (Global Beta) dan Mi 8 (Global Beta) sudah berada dalam peringkat ujian beta dan ia akan disediakan dengan ciri-ciri dari Android Pie 9.0 melalui kemaskini MIUI 10.

Sementara itu, lain-lain model hanya mendapatkan MIUI 10 yang berasaskan Android Oreo 8.1.