12 Juta Barang Terjual Semasa 9.9 Shopee Super Shopping Day

Semalam baru sahaja selesai 9.9 Shopee Super Shopping Day. Jualan pada hari tersebut merupakan satu inisiatif untuk pemulihan ekonomi negara dimana para penjual dan rakan jenama di Malaysia mengambil bahagian dalam kempen ini.

Melalui 9.9 Shopee Super Shopping Day ini dapat dilihat bahawa kategori yang paling popular adalah kelengkapan rumah dan kediaman. Selain itu, rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan umur juga memanfaatkan kempen ini.

Golongan lelaki dilihat banyak membeli telefon pintar sementara golongan wanita cenderung membeli sabun pencuci pakaian. Manakala, golongan yang berusia 18 hingga 34 membeli produk-produk bayi, tisu basah dan pelitup muka untuk kanak-kanak.



Sementara itu, rakyat Malaysia tidak mengira bangsa atau jantina juga dilihat membeli produk yang menjadi kegemaran ramai iaitu Milo. Tambahan lagi, jenama, peruncit dan penjual barangan mudah alih serta elektronik di Shopee Malaysia mencatat prestasi yang baik pada 9 September.

Telefon pintar yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, iaitu POCO X3 NFC (6GB+128GB) mendapat permintaan yang tinggi oleh pembeli dimana peranti tersebut terjual sebanyak 1000 unit dalam masa 2 minit pada tengah malam 9 September.