12 Ciri-ciri Baru Yang Disediakan Pada MIUI 12

Pada bulan lepas Xiaomi telah melancarkan MIUI12 global dan ia dilepaskan kepada pengguna secara berperingkat. Bagi fasa awal peranti yang terpilih adalah Mi 9, Mi 9T dan Mi 9T Pro.



Pada minggu lepas, peranti saya iaitu Mi 9T telah menerima kemas kini terbaru MIUI 12 dan saya telah menggunakan antara muka ini secara intensif. Saya mencuba beberapa ciri baru yang ditawarkan pada antara muka ini dan berikut, adalah senarai ciri yang saya rasakan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=GRrm2D3c-A8&t=203s
1. Animasi Visual Dan Antaramuka Yang Baru

Seperti kemas kini MIUI sebelum ini, pihak Xiaomi sentiasa menaik taraf animasi visual mereka. Pada MIUI12 kesemua animasi visual telah dinaik taraf untuk menjadi lebih lancar dan moden.

Semua animasi baru ini membuatkan antara muka MIUI lebih seronok untuk digunakan. Antara animasi yang baru adalah di bahagian storan peranti, anda akan nampak satu gegelung silinder yang diisi dengan cakera pelbagai warna. Cakera ini memenuhi silinder tersebut untuk menunjukkan jumlah storan yang tinggal dalam peranti anda.



 
2. Navigasi gerak isyarat yang baru berasaskan Android 10

Melalui MIUI12, pihak Xiaomi mula mengikut jejak langkah Google dengan mengaplikasikan navigasi gerak isyarat yang digunakan pada Android 10 ke MIUI 12.

Antara ciri yang digunakan pada Android 10 adalah swipe kembali ke aplikasi yang sebelumnya. Anda boleh swipe ke kiri atau ke kanan untuk pergi ke aplikasi yang sebelumnya.

 
3. Control Center yang baru

Control Center kini juga telah berwajah baru pada MIUI12. Apabila anda swipe kebawah dari sebelah kanan skrin akan kelihatan Control center yang berwajah baru.

Sesetengah daripada kita mungkin menganggap ia mirip seperti Control Center bagi sistem iOS. Control Center yang baru ini kelihatan lebih menarik dan kemas.

Kemungkinan juga pengguna tidak akan menyukai perubahan yang dilakukan pada bahagian ini kerana apabila ingin melihat notifikasi, anda perlu swipe kebawah dari kiri skrin sahaja. Manakala untuk Control Center anda perlu swipe di belah kanan. Kalau anda tidak suka dengan implikasi ini jgn bimbang anda boleh tukar kembali ke Control Center yang lama di seksyen Tetapan.



 
4. Super Wallpaper Dan New wallpaper

Malang sekali ciri ini hanya ada pada peranti flagship dan menggunakan panel jenis Amoled atau Oled sahaja untuk menggunakan Always On Display. Jadi untuk menggunakan Super wallpaper ini anda pergi ke aplikasi Theme dan pergi ke wallpaper untuk aktifkan Super Wallpaper.

Anda boleh memilih dua Super wallpaper antaranya adalah Super Earth dan Super Mars.
5. Floating Windows

Seperti Split Screen pada Android terdahulu. Kali ini MIUI menginovasikan system tersebut dengan tetingkap terapung. Jadi apa yang menarik dengan ciri ini adalah anda boleh mengecilkan mana-mana aplikasi menjadi satu tetingkap terapung yang kecil dan dalam masa yang sama boleh menggunakan aplikasi lain juga. Contohnya anda menggunakan tetingkap terapung pada Instagram dan menonton video YouTube pada masa yang sama.



 
6. Mod gelap yang lebih padu

Mod gelap sudah sedia ditawarkan pada MIUI 11 tetapi hanya dilaksanakan pada antara muka dan sebahagian aplikasi yang menyokong sahaja. Namun melalui MIUI 12, anda boleh memaksakan mod gelap keatas mana-mana aplikasi yang tidak menyokong mod gelap.

Sebagai tambahan MIUI juga menambah satu tombol iaitu adjust contrast automatically. Dengan tombol ini, tulisan yang gelap akan diterangkan apabila anda menggunakan mod gelap.


7.  Ultra battery saver

Ultra battery saver antara ciri yang telah tersedia pada MIUI 11 tetapi ia tidak hadir pada keluaran global. Sebab? saya pun tidak pasti. Ultra battery save ini memang sangat berguna apabila anda dalam keadaaan battery yang sangat rendah tetapi tiada tempat untuk mengecas. Anda boleh hidupkan ultra battery saver ini pada tetapan bateri. Dengan tetapan ini anda hanya mampu menelefon, sms dan WhatsApp sahaja untuk mengurangkan kadar bateri anda dari turun.


9.  Focus Mode

Seperti Zen mode pada Oxygen OS Xiaomi juga telah mengimplimentasikan mod ini pada MIUI 12. Mod ini digunakan jika anda ingin mengulang kaji ataupun anda mengalami masalah ketagihan aplikasi sosial media. Boleh aktifkan mod ini untuk menyekat anda dari menggunakan aplikasi itu mengikut masa yang anda sudah tetapkan.


10. Video Toolbox

Ya sudah ada di MIUI 11, tetapi perlu diaktifkan secara manual terlebih dahulul. Video toolbox adalah tetapan yang menarik pada MIUI 12 dimana anda boleh membuat beberapa tetapan pada mana-mana aplikasi video contohnya seperti record, screenshot, cast video ke tv dan yang paling penting anda boleh turn off screen sambil video itu main di background. Jadi tetapan ini memang sangat berguna pada penggemar YouTube yang ingin mendengar muzik tanpa skrin yang menyala.