Menangi HONOR 20 Lite Dan HONOR Band 5 Di Roadshow HONOR 20 Pro, 31 Ogos Ini

Bersempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, HONOR Malaysia akan mengadakan Roadshow HONOR 20 Pro dimana setiap pembeli yang bertuah akan berpeluang memenangi hadiah menarik dari HONOR.



Acara ini akan dberlangsung selama 2 hariĀ  bertempat di Sunway Pyramid, LG Blue Concourse bermula seawal 9.30 pagi.

50 pembeli pertama HONOR 20 PRO akan menerima hadiah percuma bernilai RM 750 termasuklah HONOR Watch Magic. Kepada yang terlepas, 350 pembeli terawal akan menerima hadiah sekurang-kurangnya RM 400 dan termasuklah HONOR Band 5, HONOR FlyPods Lite dan beg bagasi.

Selain HONOR 20 Pro, pembelian beberapa model lain turut akan menerima hadiah menarik.



Selain daripada itu, pengunjung juga boleh menyertai aktiviti yang disediakan untuk peluang memenangi HONOR Band 5 dan HONOR 20 Lite. Kepada pengunjung yang melengkapkan misi, anda akan dipilih sebagai pemenang melalui cabutan bertuah. Cabutan ini akan dilakukan setiap 1 jam.

 



 

Dalam acara yang sama, pengunjung juga boleh sertai kelas Mobilegraphy pada pukul 2.30



Kami juga akan berada di acara tersebut untuk merasai kemeriahan dan kemungkinan menemuramah peminat HONOR di sana nanti. Jumpa anda disana.

Baca selanjutnya: https://wiser.my/honor-band-5-turut-diperkenalkan-dengan-ciri-mengesan-paras-oksigen-dalam-darah/