11 Perkara Menarik Tentang Google Earth Sepanjang Tahun Lepas



Google memperkenalkan servis Google Earth kira-kira setahun yang lepas semasa sambutan Hari Bumi sedunia yang berlangsung pada 22 April setiap tahun. Perkhidmatan tersebut kini sudah berusia 1 tahun dan Google berterima kasih kepada orang ramai di atas sambutan yang menggalakkan daripada anda.

Untuk itu, pihak Google ingin berkongsi dengan anda 11 perkara menarik tentang pencarian di Google Earth.

1. Lokasi pertama yang dicari oleh kebanyakkan pengguna Google Earth adalah lokasi rumah mereka  sendiri.

2. Tempat-tempat popular seperti Menara Eiffel, Times Square, Niagra Falls, Taj Mahal antara pencarian paling banyak di Google Earth.

3. Area 51 juga merupakan antara tempat yang berada di tempat teratas dalam carta pencarian, yang selalu dikatikan dengan UFO.



4. Bandar metropolis paling banyak dikunjungi melalui Google Earth adalah seperti New York dan Paris.

5. Tempat pelancongan paling popular dalam pencarian adalah Santorini di Greece yang popular sebagai tempat peranginan yang cantik.



6.  Dalam tempoh setahun yang lepas, Google telah mengemaskini imej yang meliputi 3 bilion manusia atau kira-kira 40% penduduk dunia secara keseluruhan. Bandar seperti New York, Stockholm dan Hakodate, Japan antara bandar metro yang mendapat resolusi imej 3D.



7. 'I'm feeling lucky' merupakan satu ciri popular yang terdapat di dalam Google Earth. Bagaimana ia berfungsi? Cuma klik ikon dadu dan ia akan memilih satu lokasi di Bumi secara rawak. Sejak ia mula diperkenalkan, hampir 190 juta kali dadu tersebut dilontarkan atau 6 kali dalam sesaat.



8. Poskad fizikal semakin dilupakan. Maka Google telah membina fungsi poskad untuk pengguna Android dan iOS untuk dikongsikan. Sepanjang tahun lepas, Google telah menghantar lebih kurang 40 juta poskad yang nilainya menghampiri RM 195 juta.

Kapsyen: Taman Negara Yosemite


Kapsyen: Venice, Itali


Kapsyen: Oceanogràfic


9. Tahukah anda, melalui rangkaian kamera siaran langsung Explore.org di Google Earth, pengguna dapat memerhati beruang coklat memancing ikan salmon di Alaska dan beruang kutub merayau di sekitar Tundra Buggy Lodge di Churchill, Kanada.



10. Dari Great Sphinx ke Marikh ke sebuah kawah in Mexico, berjuta-juta pengguna telah mengikuti lebih daripada 300 lawatan interaktif di Voyager. Kisah-kisah paling popular seperti This is Home, I Am Amazon dan Natural Treasures hasilan BBC Earth telah memperkenalkan budaya dan habitat baharu.

11. Guru-guru dan para pelajar telah menerokai sistem suria bersama Miraikan dari Jepun dan menyiasat kesudahan zaman dinosaur bersama HHMI Biointeractive. Ada juga lokasi-lokasi yang menarik untuk dilihat seadanya, seperti Earth View dan Earth at Night hasilan NASA.



Selamat ulang tahun pertama Google Earth!