100 Pembeli Terawal Telefon Pintar Honor 8 Bakal Terima Cenderahati Bernilai Sehingga RM500







Honor Malaysia bakal memulakan jualan model
terbaharu telefon pintar mereka, Honor 8, pada 8 September ini menerusi rakan
kongsi e-dagang: VMall Malaysia dan Lazada Malaysia. Honor 8 juga boleh dibeli di
DirectD, rakan kongsi runcit Honor Malaysia.


Pastinya ramai tertunggu-tunggu keluaran
terbaharu ini dan oleh sebab itu Honor Malaysia dengan kerjasama rakan kongsi
rasmi akan memberikan hadiah premium bernilai sehingga RM500 kepada 100 pembeli terawal.







Bagi sesiapa yang berhajat untuk membeli
Honor 8 versi standard, anda berpeluang menerima:


·        
X1 Honor Powerbank (RM118)


·        
X1 Honor Selfie Stick (RM78)


·        
X1 Honor 8 Protective Cover
(RM99)





Pembeli Honor 8 versi Premium, Honor
Malaysia akan memberikan:


·        
X1 Honor Band SS (RM399)


·        
X1 Honor 8 Protective Cover
(RM99)



Jadi persiapkan diri anda untuk menjadi 100 pembeli terawal untuk menikmati hadiah istimewa ini.

Berkaitan