10 YouTubers Dengan Pendapatan Tertinggi Tahun 2017

Platform perkongsian video terkenal YouTube bukan sahaja menyediakan pelbagai jenis video sebagai tontonan, ia turut menjadi medium bagi sesetengah individu menjana pendapatan.

Pada tahun lalu PewDiePie berjaya mengaut keuntungan sebanyak $15 juta lantas menempatkan beliau di tangga pertama sebagai selebriti YouTube dengan pendapatan tertinggi.

Kali ini senarai 10 YouTuber 2017 telah pun dikeluarkan dan tangga pertama kini dipegang oleh DanTDM.

10. Lilly Singh - $10.5 juta



  • Komedi, video muzik dan kandungan media yang lain


8. Ryan ToysReview - $11 juta



  • Ulasan mengenai permainan kanak


8. Smosh - $11 juta



  • Komedi gandingan Ian Hecox dan Anthony Padilla


7. Jake Paul - $11.5 juta



  • Video komedi dan muzik. Adik kepada Logan Paul yang menduduki tangga ke-4


6. Felix Kjellberg (PewDiePie) -$12 juta



  • Nama yang tidak asing lagi dalam YouTube. Mempunyai lebih dari 58 juta pengikut di saluran YouTube milik beliau.


4. Mark Fischbach (Markiplier) - $12.5 juta



  • Saluran yang memfokuskan permainan video


4. Logan Paul - $12.5 juta



  • Memuat naik kandungan berupa vlog, dan reaksi komedi di dalam salurannya. Abang kepada Jack Paul yang berada di tangga ke-7.


3. Dude Perfect - $14 juta



  • Saluran yang dimiliki oleh kembar Coby dan Cory bersama 3 lagi rakan baik mereka. Melakukan skil-skil menarik mengenai sukan.


2. Evan Fong (VanossGaming) - $15.5 juta



  • Saluran berunsur komedi dan dan permainan video


1. Daniel Middleton (DanTDM) - $16.5 juta



  • Dikenali sebagai TheDiamondMinecart, salurannya memofokuskan kepada permainan Minecraft.


Sumber: Business Insider