Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rupa covid19

10 Jenis Vaksin COVID-19 Sedang Diteliti Oleh KKM

Diterbitkan November 22, 2020 ยท Dikemas kini November 22, 2020 oleh ariff bukhari

Berikutan peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Malaysia ketika ini, rakyat pastinya amat mengharapkan kerajaan segera untuk segera mendapatkan vaksin yang dapat mencegah daripada terus berlakunya peningkatan penularan kes jangkitan.

Untuk makluman semua, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan ketika ini terdapat sebanyak 10 vaksin COVID-19 yang sedang diteliti oleh KKM. Kesemua vaksin tersebut telah memasuki FASA III kajian klinikal iaitu:-

4 vaksin dari jenis Viral Vector Vaccine
3 vaksin dari jenis Inactivated Virus Vaccine
2 vaksin dari jenis RNA Based Vaccine
1 vaksin dari jenis Virus Like Particle Vaccine
Sebelum meluluskan sesuatu vaksin, KKM akan menganalisis untuk melihat aspek keselamatan serta keberkesanan vaksin tersebut sebelum diluluskan penggunaannya.
KKM juga memberitahu, sebelum vaksin didaftarkan, ia perlu dipastikan selamat, berkualiti dan berkesan serta mematuhi keperluan regulatori, piawaian dan garis panduan antarabangsa.

Proses pendaftaran vaksin adalah seperti berikut :
  • Permohonan disaring
  • Penerimaan pendaftaran
  • Penilaian produk
  • Penilaian dibentang ke jawatankuasa penilaian produk Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
  • Produk dibentangkan ke pihak berkuasa kawalan dadah
  • Penjanaan nombor pendaftaran

Jika dilihat daripada proses tersebut, ia pastinya akan mengambil sedikit lebih masa sebelum vaksin COVID-19 dapat diluluskan seterusnya sampai ke tangan pengguna.

Oleh itu, buat masa ini apa yang boleh dilakukan adalah kita semua terus mematuhi S.O.P yang ditetapkan kerajaan dalam usaha kita bersama memutuskan rantaian COVID-19.

#KitaJagaKita

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY