10 Tips Mengambil Gambar Menggunakan Peranti Android

Sesuatu gambar itu mungkin buruk disebabkan orang yang mengambilnya.

Dengan skill yang mencukupi, semua orang boleh mengambil gambar yang baik tanpa memerlukan perkakasan yang mahal.

Semua benda kena ada skill beb..

images

 

 

Bersihkan Lensa Anda

Sepanjang masa, peranti anda pastinya berada di dalam poket seluar atau pon di dalam beg.

Perkara asas yang perlu dilakukan ialah membersihkan permukaan lensa kamera peranti anda dari sebarang habuk atau pon cap jari yang boleh mempengaruhi gambar yang akan diambil.

Seeloknya, gunalah kain dari jenis microfiber bagi mendapatkan keputusan yang optima.

Pilih Tetapan Yang Sesuai Untuk Gambar Yang Akan Diambil

Selalunya, tetapan untuk kamera peranti anda ditetapkan bukan dalam bentuk optima.

Resolusi gambar yang lebih rendah memberi kelebihan untuk gambar yang di zoom secara digital.

Anda dinasihatkan supaya memilih aspect ratio yang sesuai dengan gambar yang mahu diambil.

Ini bergantung kepada peranti anda sendiri kerana ada peranti memaparkan gambar yang besar dengan format 16:9 dan juga sebaliknya.

Mencari Tetapan Pendedahan Yang Betul

Dalam fotografi, 3 nilai utama yang perlu diberi perhatian adalah exposure time, apperture dan nilai ISO.

3 nilai ini menentukan gambar yang diambil dari segi keterangan, ketajaman gambar latar belakang dan adakah objek bergerak menjadi kabur di dalam gambar.

Aperture: Untuk telefon pintar, apperture selalunya sudah tetap dan tidak boleh diubah. Ini penting bagi penangkap gambar untuk mendapatkan nilai ISO dan exposure time dengan betul.

Exposure time: Lagi lama exposure time yang ditetapkan, lagi cerah gambar yang diambil. Walau bagaimanapun sekiranya subjek bergerak, ini akan mengakibatkan fokus gambar hilang. Untuk gambar seperti pemandangan, exposure time yang lama membantu mendapatkan gambar yang cantik.

ISO values: menandakan sesitif sensdor terhadap cahaya. Lagi tinggi nilainya, lagi sensitif sensor tersebut. Jika nilai ISO terlalu tinggi, ini akan mengundang masalah dari segi noise. Noise yang tinggi mengakibatkan gambar menjadi tidak cantik. Setiap sensor menangani noise dengan cara berbeza. Untuk nilai yang ideal, tetapkan ke 200.

Rule of Thirds

Ini merupakan tip yang digunakan oleh jurugambar profesional.

Helahnya ialah untuk meletakkan subjek yang ditangkap mengenai garisan grid yang bersilang.

index

Fungsi ini boleh didapati di dalam tetapan kamera untuk peranti Android yang agak baru.

Buka tetapan ini dan boleh mula menangkap gambar menggunakan tip ini.

Elak Menggunakan Flash

Flash kerapkali merosakkan gambar kerana menggangu kualiti gambar dengan cahaya yang terang.

Gunakan jika keadaan memaksa.

Selain daripada itu, cuba dapatkan pencahayaan yang natural supaya gambar anda nampak lebih profesional.

Elak Menggunakan Zoom

Zoom digital masih lagi tidak mencapai kualti yang setanding dengan kamera dslr.

Dan peranti Android masih belum lagi menggunakan lensa zoom optikal untuk perkakasan mereka.

Zoom digital boleh membuatkan gambar yang diambil 'pecah' menjurus kemerosotan kualiti gambar.

index

Gunakan Penyunting Gambar

Untuk mendapatkan hasil akhir yang lebih hebat, jangan takut untuk menggunakan penyunting gambar pihak ketiga.

Aplikasi seperti Snapseed boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play Store.

Aplikasi seperti ini boleh mencantikkan gambar yang diambil dan menambah apa yang kurang sebelum ini.