10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai iOS 13.

Tangkap layar halaman penuh di Safari dan simpan sebagai PDF


Fungsi yang hanya boleh digunakan di Safari ini boleh dilakukan dengan tangkap layar seperti biasa, kemudian anda boleh memilih untuk menyimpan skrin sebagai imej atau halaman penuh sebagai dokumen PDF.

Undo dan Redo

Anda hanya perlu menggunakan tiga jari dan sapu ke kiri bagi fungsi undo teks, manakala untuk redo anda boleh lakukannya dengan sapuan ke kanan.

Potong, Salin dan Tampal

Cara mudah untuk salin adalah dengan pinch atau cubit pada skrin menggunakan tiga jari. Untuk potong, anda boleh pinch dengan tiga jari sebanyak dua kali. Bagi fungsi tampal pula, hanya perlu pilih tempat yang anda ingin tampal dan unpinch dengan tiga jari.

Gerakkan kursor di sekitar skrin



Bagi memudahkan anda untuk menyunting teks, hanya perlu tap & hold space bar pada papan kekunci dan kemudian gerakkan jari anda di sekitar skrin untuk menggerakkan kursor dan letakkannya pada tempat yang diingini.

Paparkan Formatting Bar



iOS 13 juga merangkumi Formatting Bar yang menyediakan akses untuk potong, salin dan tampal serta undo dan redo. Fungsi ini boleh dilakukan dengan hanya tap & hold di skrin dengan tiga jari dan anda akan melihat Formatting Bar ini muncul di bahagian atas skrin.

Anda boleh menggunakan ikon ini selain dari gerakan-gerakan di atas.

Suntingan Video



Dengan iOS 13, suntingan video kini boleh dibuat dengan cara yang sama anda menyunting foto. Anda boleh memotong, memusing, menambah filter dan menyesuaikan warna. Selain itu, anda boleh menyimpan video versi suntingan dan menyuntingnya kembali tanpa perlu membuat banyak salinan video setiap kali anda trim video tersebut. Paling penting, tidak perlu lagi menggunakan iMovie atau aplikasi luar untuk menggunakan fungsi di atas.

Imbas dokumen di aplikasi File



Imbasan dokumen boleh dilakukan di aplikasi File dengan menekan pada tiga titik di bahagian atas kanan skrin dan memilih scan documents. Kemudian, anda boleh mencipta folder baru untuk menyimpan dokumen yang telah diimbas.

Muat turun menggunakan Safari



Kini anda boleh memuat turun fail dari Safari dengan hanya menekan pautan muat turun bagi muzik, video, dokumen, serta lain-lain.  Seterusnya, Download Manager akan muncul dengan perkembangan muat turun.

Simpan Live Photo sebagai Video



Live Photo kini boleh disimpan sebagai video dan mempunyai pilihan effect seperti Live, Loop, Bounce dan Long Exposure.

Slide Typing di papan kekunci



Seperti SwiftKey, Gboard dan lain-lain, papan kekunci Apple iaitu Quicktype kini sudah mempunyai "gelongsor untuk menaip" yang dipanggil QuickPath.

Selamat mencuba.

Berkaitan