Google mengambil serius akan isu terhadap kandungan video yang dimuat naik ke platform mereka setelah kritikan mengenai video-video ekstrim yang boleh didapati di laman sesawang tersebut.

Susan Wojcicki, CEO Youtube memberitahu Daily Telegraph yang sesetengah pihak berniat buruk telah menggunakan laman sesawang tersebut untuk mengelirukan, memanipulasi orang ramai dengan kandungan mereka.

Youtube telah mengeluarkan lebih dari 150,000 video mengenai kanak-kanak pada minggu lepas dan Google bercadang akan menambah kakitangan bagi memantau kandungan video di Youtube sebanyak 10,000  menjelang tahun 2018.

IKLAN

Wojcicki menambah yang mereka sudah membangunkan teknologi ‘computer-learning’ untuk mengenal pasti video-video yang melanggar polisi mereka.

Minggu lepas, surat khabar British melaporkan yang iklan melibatkan nama-nama besar diletakkan sekali bersama video-video yang memaparkan kanak-kanak menyebabkan komen yang bersifat ‘paedophilic ‘.

Sumber