10 Persoalan Paling Popular Tentang PUBG Mobile Yang Anda Perlu Tahu

PUBG Mobile sememangnya permainan mudah alih yang cukup popular dalam kalangan pengguna peranti pintar ketika ini.

Aksi tembak-menembak secara solo atau berkumpulan dengan lokasi-lokasi yang menarik, sudah cukup membuatkan pemain sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya.

Sejak anda bermain, pernahkah timbul persoalan mengenai permainan ini seperti menembak Flare Gun dalam keadaan berlari, adakah suar itu akan menyala diatas atau dibawah?

Jom lihat 10 persoalan/ mitos popular yang berkait dengan PUBG Mobile.

1. Tembak Flare Gun sambil berlari, suar akan bernyala diatas tanah. Betul ke salah?

Betul. Jika anda berlari sambil menembak Flare Gun, suar kelihatan diatas tanah. Jadi jangan lakukannya, nanti rugi tak dapat peti barangan.

2. Semakin banyak knocked out dalam satu pusingan, semakin cepat nyawa turun. Betul ke salah?

Betul. Setiap kali knocked out, nyawa turun lebih cepat.

Contohnya anda knocked out kali kelima dalam permainan, nyawa anda berkurang lebih pantas berbanding knocked out kali pertama dalam pusingan yang sama.

3. Jika anda tidak berada dalam sudut pandangan bom tangan, letupan dari bom tangan tidak menjejaskan nyawa anda. Betul ke salah?

Betul. Ujian yang dilakukan Clash Universe menunjukkan pemain yang berada disebalik pokok (bukan dalam sudut pandangan bom tangan) tidak terjejas, manakala pemain lain yang lebih jauh (berada dalam sudut pandangan bom tangan) berkurangan nyawa. Kami pun dah mencubanya dan terbukti nyawa tidak berkurang.

4. Anda tidak boleh melihat permainan melalui bot selepas mati (spectate). Betul ke salah?

Betul. Selepas mati dibunuh, anda diberikan pilihan untuk menonton pusingan tersebut pada pemain yang membunuh anda.

Tetapi jika dibunuh oleh bot, anda tidak boleh menonton pusingan permainan menerusinya. Ciri Spectate itu akan dipindahkan ke pemain sebenar yang berada berdekatan.

5. Anda tidak akan knocked out jika terjun kedalam air dari atas jambatan. Betul ke salah?

Betul. Cuba anda panjat jambatan besi yang tinggi (tempat yang selalu orang buat road block tu) dan terjun ke dalam air. Tiada apa-apa yang berlaku kepada anda.

6. Pemain sandar didinding sambil lempar bom tangan boleh membuatkan pemain berpindah masuk terus ke dalam rumah. Betul ke salah?

Betul. Ia disebabkan pepijat pada permainan ini. Kami mencuba trik terbabit tetapi nampaknya pepijat itu telah dibaik pulih oleh pihak pembangun.

7. Keputusan seri jika dua pemain terakhir mati dalam masa yang sama disebabkan bom tangan. Betul ke salah?

Salah, video menunjukkan pemain yang mengeluarkan bom tangan akan menang walaupun berada berhampiran dengan letupan.

8. Melompat-lompat di kawasan api molotov boleh kurangkan kesan pada nyawa. Betul ke salah?

Salah. Sama ada anda melompat, merangkak, berdiri atau duduk didalam api molotov, kadar kelajuan nyawa berkurang tetap sama.

9. Bunyi berlari tanpa kasut lebih perlahan berbanding berlari dengan kasut. Betul ke salah?

Salah. Kedua-dua situasi menghasilkan bunyi yang sama kuat.

10. Anda tidak boleh bunuh pemain lain ketika mereka turun dengan payung terjun. Betul ke salah?

Salah. Anda boleh membunuh pemain yang berada diudara.

Video yang menjawab persoalan serta mitos ini boleh ditonton dibawah. Adakah anda mempunyai mitos atau persoalan lain yang masih belum terjawab? Kongsikan diruangan komen.

 

Helmi Samsuri

Helmi Samsuri

Pengerusi Kelab Lontar Peluru Wiser.my

Add comment

Langgan Wiser.my

Langgan artikel melalui email dan terima notifikasi setiap kali artikel baru dikeluarkan

Hubungi Kami

03 8686 5408