10 Permainan Video Yang Patut Dimiliki Pada Tahun 2019

Setiap kali muncul tahun baharu, peminat permainan video pasti tertunggu-tunggu permainan apakah yang bakal dilancarkan pada tahun tersebut.

Begitu juga dengan tahun 2019, di mana tahun ini boleh dikatakan menjadi antara tahun penting terutamanya konsol generasi semasa.

Ini kerana konsol generasi seterusnya dikatakan akan membuat kemunculan pada tahun hadapan.

Maka, bagi membantu anda untuk membuat perancangan permainan mana yang mahu dibeli dalam beberapa bulan mendatang, kami senaraikan 10 permainan yang patut dimiliki pada tahun ini.

Ace Combat 7: Skies Unknown (18 Jan - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/sgvHQSdW0LU

Permainan peperangan udara popular ini sebenarnya adalah siri ke-8 bagi Ace Combat walaupun dinamakan sebagai Ace Combat 7.

Ia turut boleh dimainkan secara realiti maya, bermula dengan PSVR secara eksklusif untuk tahun pertama sebelum ke platform lain tahun yang berikutnya.

Resident Evil 2 Remake(25 Jan - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/TuAM-b7m3iw

Rindukan aksi Leon S.Kennedy atau Leon? Kini Capcom akan beri anda peluang untuk mengimbau kembali kenangan bermain Resident Evil 2 melalui remake ini.

Permainan yang dilancarkan buat pertama kali 1998 ini mengisahkan tentang usaha Leon dan rakannya, Claire untuk melarikan diri daripada Raccoon City yang sedang diserang zombi.

Kingdom Heart 3(29 Jan - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/SmTVZLUErKI

Kingdom Heart 3 adalah sebuah permainan aksi role-play yang disertai oleh pelbagai karakter popular seperti Sora, Donald Duck, Goofy, Buzz Lightyear, Simba dan Winnie the Pooh.

Ia merupakan permainan ke-12 dalam siri Kingdom Heart dan dibangunkan oleh Square Enix.

Far Cry: New Dawn(Feb 15 - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/6eLHk2Eug78

Keluaran terbaru dalam siri Far Cry ini sebenarnya adalah sekuel mandiri bagi permainan Far Cry 5.

Ia mengisahkan bagaimana perubahan yang dialami oleh sebuah negara, Montana selepas serangan nuklear 17 tahun yang lepas.

Jump Force (15 Feb - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/gKqYaJHjrIg

Permainan ini wajib dimiliki oleh semua peminat siri anime di atas muka Bumi.

Alasannya mudah, ia kerana Jump Force akan membolehkan anda menguji kekuatan watak anime kegemaran anda menentang lawan seperti Naruto, Son Goku, Monkey D. Luffy, Yugi dan Ichigo Kurosaki.

Anthem (22 Feb - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/ZFwylDNpgFc

Anda penggemar permainan peperangan atas talian? Maka Anthem adalah permainan yang sesuai untuk anda.

Permainan yang dibangunkan oleh Electronic Arts(EA) ini boleh dikatakan mirip seperti permainan Destiny dan hanya boleh dimainkan secara atas talian.

Dirt Rally 2.0 (26 Feb - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/qUo2jn2z514

Permainan video yang membuatkan ramai peminat permainan WRC beralih arah ini kembali membuat kemunculan selepas hampir 4 tahun pelancaran siri Dirt Rally yang pertama.

Pemain berpeluang untuk berlumba di pelbagai trek menarik seperti di negara Argentina, Australia, New Zealand, Poland, Spain dan Amerika Syarikat.

Devil May Cry 5 (8 Mac - PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/tp4SRRKRioY

Satu lagi permainan hasil kerja Capcom dalam senarai ini. Dalam keluaran kali ini, watak utama, Dante dan Nero akan kembali sebagai watak yang boleh dimainkan disamping watak baru yang digelar "V".

Walaupun ia pernah dilanda kontroversi pada keluaran sebelum ini, Devil May Cry dijangka akan terus mendapat sambutan hangat pada keluaran terbaru ini.

The Division 2 (15 Mac - PC, PS4, Xbox One) 

https://youtu.be/dRGw_8xePZ8

Edisi kedua dalam siri The Division ini memang ditunggu-tunggu oleh peminat mereka, terutamanya selepas ia dikatakan menjanjikan kualiti grafik yang tinggi.

Akan tetapi, anda masih lagi memerlukan sambungan internet untuk bermain permainan ini kerana ia tiada mod luar talian. Bagaimanapun, anda masih boleh bermain secara pemain tunggal(single player).

Mortal Combat 11 (23 Apr - Switch, PC, PS4, Xbox One)

https://youtu.be/mWytXS73aFI

Permainan video berasaskan pertarungan ini telah diperkenalkan pada The Game Awards 2018 tempoh hari tetapi hanya akan mula ditawarkan pada April nanti.

Untuk pengetahuan anda, trailer awal permainan ini telak dikritik ramai pihak kerana menampilkan adegan-adegan ganas yang melamapau.

Selain daripada 10 permainan dalam senarai di atas, terdapat juga permainan eksklusif yang menarik perhatian kami pada tahun ini.

Kapsyen: Variety


Antaranya ialah Warcraft 3: Reforged (PC), The Last of Us Part 2 (PS4), Liugi's Mansion (Nintendo Switch) dan Halo Infinite(Xbox One). 

Bagaimanapun, tarikh pelancaran bagi semua permainan tersebut masih belum diumumkan setakat ini.

Senarai di atas mungkin akan berubah dalam beberapa bulan mendatang memandang ada pengeluar yang masih belum membuat kenyataan rasmi bagi permainan mereka, terutamanya bagi permainan berkonsepkan sukan.

 

Sumber: Gamesradar   Gamespot