4 Model
Berbanding tahun sebelumnya, Apple pada tahun ini menawarkan empat model bagi iPhone 12. Antaranya adalah iPhone 12 mini (5.4 inci), iPhone 12 (6.1 inci), iPhone 12 Pro (6.1 inci) dan iPhone 12 Pro Max (6.7 inci). Ini menjadikan iPhone 12 Pro Max adalah iPhone terbesar yang pernah dihasilkan.
Untuk iPhone 12 mini, ia merupakan pertama kali Apple menggunakan nama tersebut dalam barisan iPhone. Namun, ianya bukanlah perkara baharu kerana Apple telah pun menggunakannya pada iPod mini, iPad mini dan Mac mini sebelum ini.
Skrin OLED
Tiada lagi skrin LCD yang dimuatkan pada iPhone tahun ini. Apple kini menggunakan sepenuhnya skrin OLED Super Retina XDR pada semua model iPhone 12.
Ceramic Shield
Apple pada kali ini memperkenalkan perlindungan skrin dimana Apple memanggilnya sebagai Ceramic Shield.
Ianya adalah daripada pengeluar Corning, dimana ia akan memberikan peranti ini lebih tahan lasak serta 4x lebih tahan jika ia terjatuh.
Kaca-seramik ini adalah bahan yang baik kerana tahan lama, ringan serta hampir tahan panas dan elektrik.
A14 Bionic
Apple hadir dengan cip pemproses 5nm mudah alih pertama. Ia mempunyai CPU dan GPU serta Neural Engine yang lebih pantas.
Mereka mendakwa bahawa CPU dan GPU pada peranti iPhone kali ini adalah 50% lebih pantas berbanding peranti pintar lain.
5G
Pengeluar Android lain telah memperkenalkan peranti dengan rangkaian 5G dan Apple baru sahaja menggunakannya pada barisan iPhone 12.
Ia hadir dengan dua rangkaian kelajuan 5G iaitu sub-6GHz dimana ia menggunakan frekuensi yang sama dengan 4G LTE.
Manakala, mmWave adalah rangkaian 5G lebih pantas daripada sub-6GHz.
Bagaimanapun, iPhone 12 untuk pasaran Malaysia tidak disertakan dengan 5G mmWave.
MagSafe
Apple menghidupkan semula jenama MagSafe dengan aksesori pengecasan tanpa wayar barunya.
Sama seperti Apple Watch, anda hanya perlu memasang pada pengecas tanpa wayar.
Terdapat cincin magnet di bahagian belakang iPhone bersama dengan beberapa pelindung dan sensor baru menjadikan peranti akan terpasang tepat pada aksesori MagSafe.
Rakaman video 4K HDR
Kini iPhone 12 mampu merakam video 4K HDR dengan Dolby Vision. Kemudian boleh menyuntingnya menggunakan aplikasi Photos atau iMovie.
Turut boleh terus memaparkan video tersebut pada TV dengan menggunakan AirPlay.
Night Mode Time-lapse
Night Mode kali ini boleh digunakan pada semua kamera utama termasuk kamera swafoto dan sudut lebar.
Ia turut dilengkapi Night Mode Time-Lapse, kini iPhone 12 mempunyai 27% lebih baik apabila digunakan walaupun dalam kurang cahaya.
Deep Fusion, Smart HDR 3
Semua model iphone 12 terdapat Apple Deep Fusion yang merupakan satu sistem fotografi untuk meningkatkan ketajaman gambar dan Apple mendakwa ia lebih pantas pada peranti ini.
Sistem Smart HDR 3, secara automatik akan menyesuaikan perkara seperti white balance dan kontras dalam gambar bagi menjadikan gambar kelihatan lebih semula jadi.
Apple ProRAW
Apa yang membezakan iPhone 12 Pro dengan iPhone 12 adalah Apple ProRAW.
Fungsi ini akan hadir pada iPhone 12 Pro kelak. Ia akan memberikan anda informasi yang diperlukan dalam sesuatu gambar kerana berbentuk format RAW.
Dengan ini, anda boleh menyunting gambar dengan lebih mudah serta dapat mengubah warna dan white balance dengan senang.
LiDar
Pengimbas LiDAR pertama kali diperkenalkan pada peranti iPad Pro dan kali ini Apple memasukkannya ke dalam iPhone 12 Pro.
Dengan ini, ia akan berikan kemampuan peranti untuk mencipta "depth map" dengan resolusi tinggi di depan sensor gambar.
Selain penggunaannya untuk augmented reality (AR), sebenarnya ia banyak membantu dalam fotografi seperti pemfokusan imej lebih baik walaupun dalam gelap.
Warna Baharu
Seperti barisan iPhone terdahulu, sudah pasti mempunyai warna yang baharu.
iPhone 12 mirip dengan barisan iPhone 11 dengan pilihan warna yang banyak. Ia ditawarkan dalam 5 warna - Black, White, (PRODUCT) Red, Blue dan Green.
Sementara iPhone 12 ditawarkan dengan 4 warna - Gold, Silver, Pacific blue dan Graphite.
Berkaitan
- Find X3 Pro Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh
- iPhone 15 Pro Dan iPhone 15 Pro Max - Akhirnya USB-C, Titanium, Tiada Lagi Butang 'Mute'
- HONOR Magic6 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Global
- Ini Cara Beli Produk Apple Dengan Harga Pelajar, Murah Dan Berbaloi
- Android 12 Diumum, Lebih Kemas Dan Privasi Ditingkatkan
- Google Pay Dan Apple Pay Kini Sokong Wise, Ini Cara Guna
- Apple Kata iOS Lagi Selamat Daripada Android
- Mungkin iPhone 13 Boleh Buat Panggilan Walaupun Tiada "Line"
- Siri realme 11 Pro Kini Tiba, Ada Kamera 200MP, Harga Dari RM1499
- iPad Pro Baharu Diperkenal, Tampil Dengan Cip M1